Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010!



Semoga tahun 2010 membawa seribu rahmat untuk sekelian alam.
Semoga segala perancangan, azam, impian dan cita -cita aku dapat dilaksanakan.
Semoga segala kelemahan, kekurangan, kekhilafan, kesilapan aku dapat diperbaiki.
Semoga kita semua menjadi lebih baik daripada sebelumnya..

Good Year Ending



United 5-0 Wigan

United: Kuszczak, Rafael, Vidic, Brown, Evra (c), Valencia, Fletcher, Carrick, Park, Rooney, Berbatov.

Another great result for United. Maintained 2 points deficit to league leader in the last game of 2009. Sir Alex rarely settle for same combination but this time he retain 10 of 11 his starter. Park replaced Giggs.

Wednesday, December 30, 2009

Kesibukan Izrail Dan Para Pembantunya.




Hari yang agak membosankan dan tidak banyak tugasan di pejabat. Aku terjumpa satu website yang memaparkan..

Tuesday, December 29, 2009

Filem Laskar Pelangi


Ada seorang ustaz meminta cadangan daripada saya filem yang baik untuk tontonan seisi keluarga. Saya terfikirkan Laskar Pelangi.

3 Points For United

 
Hull 3-1 United

Arsenal won comfortably in an early game and Chelsea dropped another 2 points yesterday. 3 points is a must and i dont care much about the scoreline. Team news brought a better news, 2 fit CB available.

Friday, December 25, 2009

Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam di Malaysia (Hari 2)

Sambutan peserta pada hari kedua (24 Disember 2009) Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam di Malaysia agak kurang memberansangkan. Hanya kira -kira 1/3 orang masih memberikan komitmen daripada hari semalam.

Pada hari ini, terdapat 9 kertas kerja dibentangkan dan dibahagikan kepada 3 sesi.

Sesi Pagi :Undang -undang Islam dan Masyarakat Bukan Islam
Sesi Tengahari :Orang Bukan Islam di Negara Orang Islam
Sesi Petang :Ekonomi, Sosial dan Budaya Masyarakat Bukan Islam

Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam Di Malaysia (Hari 1)



Pada 23 - 24 Disember yang lalu, saya berpeluang menghadiri Simposium Fiqh Bukan Islam Masyarakat Bukan Islam Di Malaysia anjuran PUM Cawangan Selangor. Saya hadir selaku urusetia program atas jemputan Pengerusinya, Ustaz Zamri Shapik (orang kampung saya ni). Program diadakan di Bangunan Annex, Kompleks SUK Selangor, Shah Alam. Secara umumnya, simposium ini bertujuan merungkaikan persoalan fiqh hubungan kita dengan orang bukan Islam khususnya di Malaysia.

Tuesday, December 22, 2009

Sistem SMS Untuk Ahli Parlimen Kita

Baru -baru ini timbul pelbagai reaksi dan kritikan daripada pelbagai pihak mengenai kedudukan parti pemerintah BN yang berada di kedudukan genting undi 66-63 apabila sidang Dewan Rakyat ingin meluluskan Bajet 2010. PM dan TPM, serta beberapa MP BN yang lain terpaksa bergegas ke Parlimen untuk menyelamatkan keadaan. Menurut Speaker Dewan Rakyat, Kerajaan BN boleh tumbang dan kemudiannya pilihanraya umum terpaksa diadakan semula.

Selepas itu, terdengar Koh Tsu Koon mengeluarkan idea yang 'bernas' untuk mewujudkan suatu sistem pemantauan kehadiran (dan ketidakhadiran) MP BN ini. Sebagai seorang yang mempunyai latarbelakang IT, penulis mencadangkan suatu sistem SMS yang sungguh murah, mudah dan ringkas.

Monday, December 21, 2009

Ketika Cinta Bertasbih

Filem ini telah mula ditayangkan di Indonesia Julai lalu. Ia merupakan filem kedua yang diinspirasikan dari novel Habiburrahman El-Shirazy (Kang Abik) selepas novel Ayat -Ayat Cinta (AAC) . Namun setelah hampir setengah tahun, aku menunggu dan terus menunggu kedatangan filem ini ke Malaysia. Penantian tidak berakhir, samada dalam bentuk DVD /VCD atau tayangan di pawagam. Justeru, memuatturunnya dari internet adalah pilihan yang ada (Maaf ya Kang Abik, aku tidak berniat menyokong pirasi!).

Sunday, December 20, 2009

P1 W1MAX -Potong sajalah..

Potong, potong, potong, potong, potong, potong, potong, potong sajalah..

The tune are quiet catchy and all TV viewers will notice it.

P1 W1MAX made an entrance a couple of months ago and introduce a new technology, what so called Worldwide Interoperability for Microwave Access (WiMAX) -The 4th Generation of Broadband Network.

Fulham Outclassed United

Fulham 3-0 United

A draw normally disappoint me, let alone 0-3 thumping. This result sum up bad week for United.

After showing a sign of recovering from shock defeat last saturday, United began their in London knowing they dont have a recognize center back, yet again. Carrick continue to fill a void at the back and Sir Alex opted a 3-5-2 formation. Fletcher and De Laet completing the Back 3. Captain of the day, Evra fill in wide left position opposite to Valencia on the right. Scholes, Gibson and Anderson in the middle of the park. Rooney and Owen pairing upfront.

Saturday, December 19, 2009

Kopi Luwak

Kelmarin, aku telah menonton sebuah filem Hollywood, The Bucket List (Lakonan Jack Nicholson and Morgan Freeman). Aku tidak berniat mengulas mengenai filem ini, cuma cukup mengatakan filem ini filem yang baik. Antara dialog yang mencuri perhatian aku, apabila salah seorang watak menceritakan ringkas mengenai Kopi Luwak.

Thursday, December 17, 2009

Bah Kut Teh Halal?

KUALA LUMPUR-- Makanan kegemaran masyarakat Cina, Bak Kut Teh, yang pertama kalinya disediakan dengan menggunakan resepi halal boleh dinikmati di karnival "Fabulous Food 1Malaysia" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 18 hingga 20 Dis ini.

Ia akan disediakan oleh chef eksekutif Hotel J W Marriot di sini, Zaffar Abdul Samad untuk 300 pelanggan setiap hari, kata Eileen Chew, pengarah projek dan perhubungan awam Expomal International yang menganjurkan karnival itu bersama-sama Pelancongan Malaysia.

Wednesday, December 16, 2009

United Kembalikan Rentak Kemenangan

United 3-0 Wolves

Bila melihat senarai kesebelasan utama kedua -dua pasukan, aku yakin United bukan berpeluang sahaja untuk menang, tapi menang besar untuk memperbaiki perbezaan gol. Wolves membuat 10 pertukaran pemain dari perlawanan sebelumnya dan boleh dikatakan mereka bermain dengan pasukan simpanan mereka. Namun United terpaksa mengambil 30 minit sebelum memecah kebuntuan menerusi sepakan penalti Rooney. Tandukan Vidic pula menjadikan United selesa 2-0 sebelum separuh masa.

Tuesday, December 15, 2009

Windows 7

Today, I've great opportunity to install Windows 7 and try it for the first time (the original version of course!). To be honest, i'm not expecting a great deal about this new OS since ive left totally dissappointed with Windows Vista last time.

Atas Nama Cinta -Kisah Hidup Natrah

Ketika tulisan ini ditaip, Teater Natrah sedang dipentaskan di Istana Budaya. Penulis ingin mencadangkan medium alternatif lain untuk mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai kisah Natrah /Nadra / Maria Hertogh. Novel epik sejarah ini hasil tulisan Isa Kamari. Penulis yang telah memenangi pelbagai anugerah, antaranya yang terkini, Anugerah Tun Sri Lanang 2009.

'Atas Nama Cinta' berdasarkan fakta sejarah, menyelusuri kisah hidup Natrah (1937-2009) di Jawa, Terengganu, Singapura dan Belanda. Novel sejarah biasanya membosankan, tetapi Isa telah berjaya mempersembahkan kisah tragik ini dengan santai dan tersusun. (Novel ini diterbitkan sebelum Natrah meninggal dunia)

Monday, December 14, 2009

1Perkara Tentang 1Malaysia

Apabila Mohd Najib menaiki takhta sebagai Perdana Menteri (Menteri Perdana?) yang ke 6 Malaysia, beliau telah memperkenalkan konsep 1Malaysia. Logo, lagu, slogan dan salam 1Malaysia berada di mana -mana. Bank, klinik, sekolah dan iklan korporat turut meminjam istilah tersebut. Wujud juga istilah baru seperti 1Rantau, 1Dunia, 1Belia, 1Sabah dan sebagainya.

Penulis tidak berminat mengulas mengenai konsep 1Malaysia kerana ia akan berbunyi terlalu klise dan retorik. Boleh dikatakan semua orang faham mengenai konsep tersebut walaupun jelas orang Melayu faham dengan pemahaman yang berbeza dengan sebagaimana orang bukan Melayu memahaminya. Dan agaknya, penulis pun memahaminya dengan pemahaman yang berbeza berbanding orang lain. Justeru, penulis hanya memfokuskan 1perkara yang mungkin berkaitan:

Pengakhiran Cerita Cinderella


Cinderella and The Prince got married and lived happily ever after. The End.
Itu adalah pengakhiran tipikal cerita klasik Cinderella, semua orang tahu.

Drama 'Change' -Sesuai Untuk Ahli Politik Malaysia

Drama Jepun ini telah aku tonton kira -kira setahun yang lalu. Aku telah menontonnya sekali lagi dan mendapati ianya sesuai untuk ditonton oleh semua ahli politik dalam kekalutan politik di Malaysia pada hari ini.


Sunday, December 13, 2009

Biro Tata Negara


Isu Kerajaan Negeri Selangor mengambil keputusan melarang kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri ini daripada mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta merta. Langkah itu diambil kerana kursus tersebut didakwa sebagai proses doktrinisasi oleh Barisan Nasional (BN) hingga mencetuskan fenomena perkauman. Langkah ini turut dituruti oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Penulis pernah menyertai BTN pada tahun 1998 di Ayer Keroh sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti. Dari pengalaman penulis dan perkongsian pengalaman dengan rakan -rakan, tiada masalah dari segi modulnya. Cuma yang bermasalah, penceramah ataupun fasilitatornya. Bukan semua, tetapi ada sesetengah daripada mereka mempunyai sentimen anti pembangkang dan perkauman yang kuat. Dan ia diluah atau terlepas cakap dalam sesi ceramah atau LDK.

Kerja -kerja Sukarela

  • Berapa ramai daripada kita yang menganggap kerja -kerja sukarela penting?
  • Berapa ramai daripada kita yang terlibat dengan kerja -kerja sukarela?
  • Berapa ramai daripada kita yang menyokong dan mengajak orang lain menyertai kerja -kerja sukarela?
'Kerja -kerja sukarela' yang penulis maksudkan di sini adalah kerja tanpa bergaji (mungkin dengan sedikit elaun atau tiada langsung), di persatuan /pertubuhan /organisasi yang objektifnya memberi khidmat kepada masyarakat. Tanpa mengira ada jawatan atau pun tidak.

Drama 'Mr Brain'

Baru selesai menonton Drama Jepun 'Mr Brain'. Pada mulanya aku memuat turun menggunakan torrent, tetapi semakin lama semakin perlahan dan nampak tidak berkesudahan. Mujur abang sulung ku mempunyai set DVDnya.

Buku 'Dari Beirut Ke Jerusalem'

Buku terbitan Harakah dan tulisan jujur Dr Ang Swee Chai. Beliau merupakan doktor sukarela yang membantu warga Palestin di Lubnan sepanjang dekad 80an. Beliau merupakan anak kelahiran Pulau Pinang, warganegara Britain dan beragama Kristian.

Beliau telah menyaksikan dengan dekat tragedi Sabra dan Shatila pada 15 September 1982. Buku ini mencoretkan pengalaman getir, pahit, menyayat hati dan memilukan sepanjang beliau berada di sana. Ia digambarkan dengan tersusun dan direncah dengan gaya bahasa yang mudah (Buku ini adalah terjemahan, edisi asal berbahasa Inggeris dan diterbitkan pada tahun 1989)

Kerja Kerja Kerja

Gelisah, ku gelisah
Mengenangkan masa depan
Ku harus kerja
Oh! Mesti kerja
Tiada apa yang percuma
Realiti tika tiada kerja
Oh! Papa kedanaaa!
La La La Kerjalah -Meet Uncle Hussain

Seorang kenalan, pelik tetapi benar. Dia memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan Diploma Teknologi Maklumat. Menamatkan pengajian pada May 2007. Agak cemerlang akademiknya ketika di sekolah dan universiti. Seperti diceritakan, pada Ogos 2008 bekerja di Pizza Hut, di sebuah Jusco yang terletak di Lembah Klang, pekerja sementara di bahagian dapur. November 2008 bertukar kerja sebagai Casual Worker di Jusco yang sama. Berhenti pada Januari 2009. Sehingga hari ni dia tidak bekerja. Setiap hari 'kerja'nya, keluar awal pagi dari rumah, dan pulang sekitar jam 5 petang. Seolah -olah keluar bekerja dan keluarganya menganggap begitu.

Man Utd Gagal Saingi Chelsea di Puncak Liga

United 0-1 Villa

Pada jam 1 pagi semalam, sesudah perlawanan Chelsea dan Everton, aku fikir ini bakal jadi minggu yang baik untuk penyokong United. Bukan mudah untuk melihat The Blues kehilangan mata di gelanggang sendiri, apatah lagi menentang pasukan yang kehilangan hampir separuh pemain utama. Kemenangan ke atas Villa akan menjadikan United sama mata dengan Chelsea. Tambahan pula, aku akan dapat menikmati perlawanan Liverpool-Arsenal dengan lebih tenang dan apa -apa keputusan daripada perlawanan itu bakal membuatkan aku tersenyum.

Blog Pertama

Setelah menjadi pembaca setia beberapa blog sekian lama, samada tokoh terkenal, selebriti ataupun rakan -rakan, hari ini aku memutuskan untuk mula menulis blog aku tersendiri. 13 Disember 2009 - tarikh ini ini tiada makna yang istimewa selain daripada aku memulakan blog aku tersendiri. Yang jelas aku 'ketinggalan keretapi' kerana budaya atau trend 'memblog' ini telah lama jadi amalan dan ikutan, mungkin sejak 5 tahun yang lalu. Jadi bunyinya agak janggal bagi aku lulusan Sains Komputer ketinggalan dalam soal ini. Mungkin kerana aku bukan jenis pengikut trend, aku memblog bukan kerana orang lain memblog, tetapi aku memblog hanya kerana aku memang ingin memblog.