Pada 23 - 24 Disember yang lalu, saya berpeluang menghadiri Simposium Fiqh Bukan Islam Masyarakat Bukan Islam Di Malaysia anjuran PUM Cawangan Selangor. Saya hadir selaku urusetia program atas jemputan Pengerusinya, Ustaz Zamri Shapik (orang kampung saya ni). Program diadakan di Bangunan Annex, Kompleks SUK Selangor, Shah Alam. Secara umumnya, simposium ini bertujuan merungkaikan persoalan fiqh hubungan kita dengan orang bukan Islam khususnya di Malaysia.
Kehadirannya agak memberansangkan iaitu sekitar 150 orang. Majlis dirasmikan oleh exco kerajaan negeri, Hassan Ali. Ucaptama pula oleh Syeikh Dr Wahbah Az -Zuhayli (Tokoh Ulama Dari Syria). Ia disampaikan sepenuhnya di dalam Bahasa Arab sambil dibantu oleh Ustaz Firdaus Subhi (orang kampung saya juga)
6 kertas kerja telah dibentangkan oleh 6 pembentang dalam 2 sesi berikutnya. Pembentang terdiri daripada ahli akademik dari IPT tempatan. Saya berminat dan ingin mengulas 2 kertas kerja yang berikut.
Latar Belakang Sejarah, Politik dan Sosial Masyarakat Bukan Islam di Malaysia oleh Khoo Kay Kim (UM)
Tan Sri berjaya memberi perspektif baru kepada saya terutamanya mengenai fakta sejarah yang sama -sama kita pelajari di peringkat sekolah. Perkara -perkara mengenai 'Dasar Pecah dan Perintah' British, Tragedi 13 Mei, Perang Larut, penubuhan sekolah vernakular dan sebagainya. Tan Sri juga berpendapat perpaduan di Malaysia tidak akan dapat diperbaiki dengan sistem persekolahan sedia ada.
Penyampaiannya beliau agak sederhana tetapi banyak pengetahuan baru diperolehi menjadikan pembentangan beliau begitu menarik.

Bagaimana Berinteraksi Dengan Bukan Muslim Dalam Konteks Malaysia oleh Mohammad Nizam Abdul Kadir (UIAM)
Pembentang menekan 5 prinsip interaksi:
- Toleransi dan Tasamuh.
- Kita tidak boleh terikut dengan kefahaman sesuatu mazhab sahaja. Contohnya, apabila berjiran dengan seseorang yang membela anjing. Mazhab Maliki agak bertoleransi dalam isu ini dan sewajarnya ia digunakan demi menjaga hubungan baik sesama jiran.
- Mengutamakan perkara yang lebih utama. Contohnya, apabila seseorang ingin menjadi Mualaf, sewajarnya penerangan mengenai Rukun Islam diberi penekanan berbanding soal -soal lain seperti khatan, ibadat sunat dan sebagainya.
- Tidak membawa isu -isu khilaf. Contohnya, polemik mengenai tauhid 3 serangkai perlu dihentikan di media massa.
- Memberi contoh Muslim yang baik.
Penyampaian beliau cukup menarik dan bertenaga. Ia lebih berbentuk ceramah daripada pembentangan kertas kerja yang selalunya lebih bergantung kepada slaid dan kertas kerja.
Secara umumnya, simposium ini banyak memberi pengetahuan dan maklumat baru kepada saya. Sebagai seorang yang bukan berlatar belakangkan agama dan banyak bergaul dengan bukan Islam, ia merupakan input yang cukup besar. Semoga ia dapat dimanafaatkan. Juga diharapkan program hari kedua akan lebih baik.
Galeri:

Sidang 2 yang membariskan (dari kiri) Mohd Nizam Kadir, Dr Mohd Roslan Mohd Nor dan Tan Sri Khoo Kay Kim
No comments:
Post a Comment