Kelmarin, aku telah menonton sebuah filem Hollywood, The Bucket List (Lakonan Jack Nicholson and Morgan Freeman). Aku tidak berniat mengulas mengenai filem ini, cuma cukup mengatakan filem ini filem yang baik. Antara dialog yang mencuri perhatian aku, apabila salah seorang watak menceritakan ringkas mengenai Kopi Luwak.
Kopi Luwak merupakan sejenis kopi yang terkenal (dan termahal!) di Indonesia terutama di Sumatera, Java, Bali dan Sulawesi. Juga terkenal di negara lain tetapi dengan nama yang berbeza seperti di Filipina (Motit Coffe atau Kape Alamid), di Timur Timor (Kafé -laku) dan di Vietnam.
Kopi Luwak dihasilkan dengan mengekstrak bijian kopi yang terdapat pada najis musang (civets). Bijian kopi tidak dihadam sepenuhnya oleh sistem pencernaan haiwan tersebut. Kombinasi enzim yang terdapat di sistem pencernaan hanya mencerna lapisan luar kulit kopi dan pada masa sama mendefikasikannya (defecated). Bijian kopi bersama najis tersebut dicuci, diasingkan, dan kemudian bijian kopi dipanggang dengan api yang perlahan (light roast)
Rasional mengapa biji kopi tidak dipetik terus dari pokoknya adalah kerana haiwan tersebut semulajadinya bijak memilih biji kopi terbaik dan termanis. Tambahan, bijian kopi telah terdefikasi ianya memberi rasa dan aroma yang tersendiri..
Dari nilai ekonomi, Kopi Luwak dikatakan kopi antara termahal di dunia (menurut Wikipedia.com, ia merupakan yang termahal di dunia terutama di pasaran AS dan Jepun). Di Kota Jakarta sekalipun, ia dijual secawan dengan harga kira -kira Rp100 000 (Lebih kurang RM 36)
Dari sudut kesucian dan status halalnya, aku cuba melayari banyak laman web berkaitan. Dan majoritinya mengatakan ia halal untuk diminum. Tetapi penjelasan yang diberikan masih samar dan kebanyakkannya pendapat alim ulama Indonesia. Jika kurang yakin (dan jijik!), lebih baik tidak mencubanya.

Rasanya tidak begitu menarik deria rasaku, kerana aku bukanlah peminat kopi. Cukup sekadar ianya agak sedap tetapi agak kuat dan pahit rasanya. Cuma yang ingin diceritakan di sini adalah mengenai proses penghasilannya yang unik (dan menjijikkan!). Untuk pengetahuan, aku telah mencubanya sebelum mengetahui cerita sebenar penghasilannya.
Kopi Luwak dihasilkan dengan mengekstrak bijian kopi yang terdapat pada najis musang (civets). Bijian kopi tidak dihadam sepenuhnya oleh sistem pencernaan haiwan tersebut. Kombinasi enzim yang terdapat di sistem pencernaan hanya mencerna lapisan luar kulit kopi dan pada masa sama mendefikasikannya (defecated). Bijian kopi bersama najis tersebut dicuci, diasingkan, dan kemudian bijian kopi dipanggang dengan api yang perlahan (light roast)
Rasional mengapa biji kopi tidak dipetik terus dari pokoknya adalah kerana haiwan tersebut semulajadinya bijak memilih biji kopi terbaik dan termanis. Tambahan, bijian kopi telah terdefikasi ianya memberi rasa dan aroma yang tersendiri..
Dari nilai ekonomi, Kopi Luwak dikatakan kopi antara termahal di dunia (menurut Wikipedia.com, ia merupakan yang termahal di dunia terutama di pasaran AS dan Jepun). Di Kota Jakarta sekalipun, ia dijual secawan dengan harga kira -kira Rp100 000 (Lebih kurang RM 36)
Dari sudut kesucian dan status halalnya, aku cuba melayari banyak laman web berkaitan. Dan majoritinya mengatakan ia halal untuk diminum. Tetapi penjelasan yang diberikan masih samar dan kebanyakkannya pendapat alim ulama Indonesia. Jika kurang yakin (dan jijik!), lebih baik tidak mencubanya.
No comments:
Post a Comment