Selepas itu, terdengar Koh Tsu Koon mengeluarkan idea yang 'bernas' untuk mewujudkan suatu sistem pemantauan kehadiran (dan ketidakhadiran) MP BN ini. Sebagai seorang yang mempunyai latarbelakang IT, penulis mencadangkan suatu sistem SMS yang sungguh murah, mudah dan ringkas.
Sistem ini hanya memerlukan pangkalan data nombor telefon dan maklumat perhubungan MP BN dan PA mereka. Serta dilengkapi perisian yang boleh menghantar SMS secara pukal (SMS bulk) dan juga jadual lengkap sidang Dewan Rakyat.
Sistem menghantar SMS pertanyaan kehadiran (mungkin 2 hari sebelum sidang) kepada MP. Jika mereka pasti hadir, hantarkan SMS kepada sistem. Begitu juga jika mereka pasti tidak hadir (kerana hal -hal rasmi atau sebab -sebab yang tidak dapat dielakkan). Tetapkan algoritma dan pemboleh ubah (Mungkin kehadiran MP BN 90 orang adalah bilangan selamat kerana MP PR berjumlah 82 orang)
Jika sistem menerima jumlah kehadiran yang tidak mencukupi, sistem akan menghantar SMS amaran /peringatan (reminder) berulang kali kepada semua MP (dan PA mereka), terutama yang 'pasti tidak hadir' dan juga yang 'tidak diketahui prospek kehadirannya', secara automasi selepas satu garis masa (katakan 5 jam sebelum sidang). Justeru semua MP akan sentiasa berwaspada dengan kemungkinan berlakunya situasi seumpama tempohari.

Sebagai YB memang wajib hadir TANPA GAGAL ke dewan.sapa suruh jd wakil rakyat kalau nak ke dewan rakyat pun malas dan byk alasan..masa nk berkempen bukan main janji sana sini.tapi,bila dh dpt jwtn,lain plak jadinya..
ReplyDeleteIstilah YANG BERHORMAT perlu ditukar rasanya..erm kita jadikan YANG BERKHIDMAT.YB jgk singkatannya tuh..agak2nya baru diorang terasa nk berkhidmat dgn sebaiknya.Kalau guna YANG BERHORMAT,agak2nya diorang rasa perlu dihormati kot.dan b'tindak ikut suka.Kalau mcm nie jadinya,x aman laa dunia kita ni..