Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Monday, September 5, 2011

Mat Indera - Diiktiraf Antara 150 Tokoh Terpenting Johor

Nama Mat Indera, nama individu yang disebut -sebut oleh Mat Sabu rupa -rupanya merupakan antara 150 tokoh terpenting Negeri Johor, sebaris dengan tokoh -tokoh terpenting seperti Dato' Onn Jaafar, Tun Dr Ismail dan sebagainya. Fakta ini bersumberkan buku Pengukir Nama Johor, terbitan Yayasan Warisan Johor. Buku terbitan 2004 yang turut mengandungi alu -aluan daripada Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman. (Klik imej untuk paparan lebih jelas)

Laman Web Yayasan Warisan Johor (Buku tersebut bernilai RM 20)

Secara peribadi, saya melihat dan mendengar (sepenuhnya) pendapat Mat Sabu itu hanya sekadar pendapat peribadi beliau terhadap sejarah, yang kadang -kadang bersifat subjektif. Ilmu sejarah memang bersandarkan fakta, tetapi ianya sentiasa boleh dilihat dari perspektif dan persepsi yang berbeza. Keseluruhannya, isi ceramah beliau bukan 100% betul, malah bukan juga 100% salah.

Media arus perdana hanya mengkontroversikan isu ini, itu memang kerja mereka. Namun dari segi positifnya, rakyat marhaen seperti saya ini mungkin menjadi prihatin terhadap sejarah negara, boleh bersifat analatikal dan sebagainya. Terima kasih kepada Mat Sabu dan media yang mensensasikan isu ini.

Dan konco -konco Perkasa, UMNO dan pihak -pihak berkaitan boleh turut berdemontrasi di hadapan Pejabat Yayasan Warisan Johor kerana mereka mengiktiraf Mat Indera sebagai hero Negeri Johor.

Wednesday, August 10, 2011

SPR dan JPN


Baru -baru ini PAS telah mendedahkan kekeliruan /pertelingkahan maklumat yang terdapat dalam daftar pemilih SPR dengan semakan di JPN. Dikatakan 1400 lebih nama /no KP menimbulkan keraguan (di Selangor dan Johor sahaja)

Pendedahan menyebut 1400 lebih nama itu layak sebagai pengundi, tetapi apabila disemak di laman web JPN, mereka hanya berstatus penduduk tetap (PR)

(Saya menganggapkan mereka membandingkan nama /no KP dalam daftar pemilih SPR dan menyemaknya di laman web JPN)


“Di SPR, sekiranya ada sebarang keraguan mengenai status pemohon, kita akan segera merujuk kepada JPN, kita kena teliti setiap kriteria sebelum meluluskan dan mempamerkan daftar pemilih.

“Kita menyemak dan membetulkan nama pemilih setiap hari, jadi sekiranya ada pihak tidak puas hati sila datang untuk membuat semakan dengan SPR, sebab kita terbuka,” katanya.

 
Ditanya mengenai Mismah yang dalam rekod JPN berstatus pemastautin tetap, tetapi dalam sistem SPR dia telah didaftarkan sebagai pengundi baru, Abdul Aziz menjelaskan “Rekod dalam laman web JPN mungkin tidak dikemas kini, pembangkang tidak boleh merujuk hanya kepada rekod JPN, sebab itu kena semak dengan kita untuk mendapatkan penjelasan,” katanya.

Dengan kata lain, beliau mengatakan pangkalan data di laman web JPN bukan yang terkini, dan ironiknya SPR juga merujuk ke JPN sebelum mengesahkan kelayakan seseorang pengundi itu.

Penjelasan logiknya mungkin JPN mempunyai 2 pangkalan data yang berbeza, satu untuk kegunaan dalaman manakala satu lagi untuk laman web. Atau maklumat dalam sistem mereka (SPR dan JPN) mempunyai integriti yang rendah. Atau...

Monday, August 1, 2011

SPR, Daftar Pemilih dan Biometrik


Saya bukan mahu bersifat pesimis dengan cadangan SPR untuk mengaplikasikan sistem biometrik untuk mengesahkan identiti pengundi dalam PRU akan datang. Saya difahamkan, sistem seumpamanya telah lazim digunakan di beberapa jabatan kerajaan.

Namun saya kurang yakin ia dapat diaplikasikan dalam PRU yang akan datang kerana terlalu banyak kekangan. Antaranya, daftar pemilih /sistem sedia ada ternyata 'tidak bersih'. Saya sama sekali tidak menuduh SPR korup atau sebagainya, tetapi cuba lihat contoh ini:

Sila lawat http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBI.aspx untuk menyemak daftar pemilih pengundi.

Masukkan nombor -nombor KP seperti yang berikut:
801231130313
830416610017
881231100432
790610740022

Sila lihat maklumat pada baris 'Birth Date'. Semuanya berusia lebih 100 tahun, bertentangan dengan no KP mereka. Justeru, siapakah mereka ini? Inikah 'pengundi hantu' yang dimomokkan oleh pembangkang?

Dengan kata lain, sistem sedia ada yang dilihat bersifat kurang kompleks dan manageable pun tidak mampu dibuktikan 100% tepat. Apakah SPR mampu? Saya yakin tidak.

Dari sudut lain, saya bersyak wasangka bahawa sistem biometrik hanya untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari membincangkan isu sebenar kelemahan SPR, kepada sesuatu yang nampak canggih, yang kononnya cuba dilaksanakan SPR sebagai satu langkah tranformasi.

Wednesday, July 13, 2011

Satim Diman, Ng Suee Lim dan Hadis

Tegur ADUN DAP Permain Hadis, ADUN BN Diarah Keluar Dewan

sumber UMNO Online

Pada hemat saya, tindakan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman, yang cuba menegur YB Ng Suee Lim, yang dikatakan cuba memetik hadis Rasulullah SAW bagi menguatkan hujahnya adalah sesuatu yang memalukan umat Islam.

Memang benar YB Ng tidak mempunyai akidah Islam dan tidak mempunyai kredibiliti berkaitan ilmu hadis. Memang benar sebagai seorang umat Islam, kita perlu mempunyai sensitiviti apabila seorang bukan Islam memperkatakan sesuatu mengenai agama kita. Tetapi biarlah kena pada tempatnya.

Bagi umat Islam, Hadis merupakan sumber hukum kedua selepas Al -Quran. Maka ia cukup tinggi dan murni sifatnya. Bagi bukan Islam pula, mereka mungkin mengganggap Hadis lisan hanyalah mutiara kata daripada seorang tokoh ulung (Nabi Muhammad SAW).

Tetapi harus kita ingat, Islam adalah bersifat Alamiyah, iaitu bersifat kesegajatan. Khazanah keilmuan dalam Islam sentiasa boleh dipelajari dan diaplikasikan oleh orang bukan Islam. Bukan lagi satu rahsia, orang bukan Islam mempelajari Islam, Al -Quran, Hadis dan segala berkaitan dengan Islam di pelbagai universiti terkemuka di serata pelusuk dunia. Untuk tujuan apa mereka mempelajari Islam? Untuk tujuan baik atau buruk? Perlukah kita menghalang mereka mempelajari Islam?

Jadi dalam konteks ini, YB Ng (walaupun sedikit) menunjukkan indikasi bahawa beliau sedang mempelajari Islam. Untuk tujuan apa? Politik? Pada pendapat saya, selagi beliau (atau mana -mana individu bukan Islam) tidak memetik hadis untuk tujuan jenaka atau memperlekehkan Islam, kita harus memberikan galakan dan sokongan. Perbetulkan dan tegur jika mereka tersalah sebut. Tetapi agak memalukan sekiranya kita sendiri tidak tahu samada ianya betul atau tidak. Berikan mereka galakan dan rujukan agar mereka merujuk kepada sumber yang lebih tepat dan sahih. Biar mereka dekat Islam. Kita yakini Islam itu benar, jadi bukanlah luar biasa sekiranya mereka mungkin akan terpikat dengan cahaya kebenaran Islam.

Dan kita tidak tahu setakat mana keikhlasan dan apa yang berada di dalam kalbu mereka.

(Merujuk kepada kisah Usamah bin Zaid dan pasukan tenteranya yang sedang mengepung sekumpulan tentera kafir. Kumpulan tentera kafir ini terdesak, lalu menyerah diri dan melafaz Syahadah. Namun Usamah tetap mahu membunuh mereka kerana meyakini bahawa mereka hanya berlakon untuk menyelamatkan diri. Lalu ditegur, "Adakah kamu tahu benar apa yang tersirat di dalam kalbu mereka?")

Merujuk kepada insiden yang berlaku di DUN Selangor itu, mungkin teguran /pertanyaan YB Satim itu berniat ikhlas. Tetapi saya yakin, tindakan beliau itu lebih kerana dipengaruhi amarah dan sentimen politik. Kalau YB Ng itu daripada MCA atau Gerakan, beliau pasti hanya akan tersenyum.

Wednesday, July 6, 2011

Tentang Bersih 2.0


Walaupun diakui saya adalah penyokong PAS dan gabungan PR, dan juga setuju dengan tuntutan BERSIH 2.0, saya masih kurang bersetuju dengan keperluan untuk terus berdegil mengadakan perhimpunan /demonstrasi aman di ibu negara pada 09 Julai ini.

Dari segi politiknya, ia jelas bakal memberikan impak dan imej negatif kepada PR. Pengundi neutral akan mempunyai persepsi yang tersendiri, dan saya meyakini mereka akan lebih cenderung untuk menyokong kerajaan dan polis dalam hal ini.

Harus diingat, PR adalah juga kerajaan (negeri) pada hari ini. Kita bukan lagi pembangkang sepenuhnya yang tidak mempunyai akses kepada media dan fasiliti awam. Perhimpunan dalam suasana lebih terkawal (seperti di dalam stadium) harus menjadi pilihan utama.

Monday, June 13, 2011

Negara Islam Vs Negara Kebajikan

Media pro -kerajaan tatkala ini memainkan isu (selain dari isu -isu lain) bahawa PAS telah mula berubah, daripada dasarnya untuk menubuhkan sebuah 'negara Islam', kepada 'negara berkebajikan'.

Sebagai seorang ahli PAS, saya memang mengakui bahawa terdapat sedikit hala tuju perjuangan PAS kini berbanding dengan zaman 80-an dan 90-an. Diakui bahawa saya mula -mula tertarik dengan PAS (ketika remaja dahulu), terma -terma seperti negara Islam, hukum hudud dan sebagainya adalah sebab utama mengapa saya menyertai PAS. Diakui juga, ia ditambah dengan cetusan rasa memberontak, sentimen membangkang anak muda walaupun saya masih kurang jelas dengan maksud terma -terma tersebut. Dengan sedikit perubahan masa, kematangan pemikiran, bertambah sedikit ilmu pengetahuan dan pemahaman, saya tetap yakin dengan perjuangan PAS.

Pada pemahaman mudah saya, negara berkebajikan adalah salah satu ciri kepada negara Islam. Jadi dengan mencapai ciri tersebut, langkah menuju kepada matlamat asal (negara Islam) telah semakin dekat.

Soal dakwaan BN juga telah lama memperjuangkan negara berkebajikan, saya mungkin juga bersetuju. Soal meniru tidak timbul. Apa salahnya kita meniru perkara yang baik? Soalnya sekarang, PAS bersama PR ingin menawarkan 'versi' negara berkebajikan yang lebih baik. Dan sebagai rakyat, kita harus bergembira kerana kedua -dua pihak mahu menjadi juara dalam soal kebajikan rakyat.

PAS kini dikuasai golongan profesional? Itu cuma andaian kosong dan salah. Pada saya, Ulama agama yang berpendidikan tinggi /formal adalah golongan profesional manakala golongan yang dikatakan profesional jika mereka menguasai ilmu agama boleh mencapai tahap Ulama.

PAS telah berubah? Ya, mungkin. Apa salahnya berubah untuk kebaikan. Yang menjadi masalah adalah mereka yang berubah daripada baik ke kurang baik, ataupun mereka yang terus kekal ditakuk lama.

Jadi ini bukan isu bagi saya kerana politik Islam itu sentiasa bersifat dinamik. Diakui bahawa PAS /PR bukanlah pilihan sempurna beranding UMNO /BN. Ada banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki. Tetapi ia tetap pilihan yang lebih baik untuk pilihanraya akan datang, kerana macam mana pun kita perlu memangkah undi.

Friday, April 8, 2011

Tentang Video Seks DSAI

Saya fikir ini merupakan topik yang paling hangat diperkatakan oleh umum dan juga media massa sejak kebelakangan ini. Agak memalukan kerana ia membabitkan seorang pemimpin kanan yang beragama Islam. Sneak preview video tersebut boleh didapati dan ditonton oleh umum di internet.

Media arus perdana yang dikuasai oleh orang Muslim pula seolah -olah 'berpesta' dan memberi fokus hampir 100% untuk memburukkan individu tersebut. Saya memahami tindakan tersebut kerana inilah masanya untuk 'memulangkan paku buah keras' dan meneruskan agenda ahli lembaga pengarah mereka. Kebebasan untuk memberi maklumat kepada umum, rakyat berhak tahu, berita sensasi atau apa sahaja alasan.

Setelah mengamati video tersebut, dari kacamata saya itu hanyalah kes 'pelanduk dua serupa'. Tiada siapa boleh mengesahkan itu adalah DSAI, dan pada masa yang sama tiada siapa boleh menafikannya secara 100% kecuali orang empunya badan. Kalau dibawa pakar video dari AS pun, saya yakin mereka tidak mampu mengesahkannya sama ada ia tulen (itu adalah DSAI) atau sebaliknya. Melainkan mereka mempunyai akses penuh untuk menganalisis tubuh badan DSAI dan membandingkannya dengan aktor tersebut.

Pada ramalan saya, 'drama' ini akan berakhir dengan pengakhiran terbuka (open -ended ending). PDRM atau Suruhanjaya Diraja (jika dibentuk) tidak akan mencapai sebarang konklusi. Trio Datuk T (Penyebaran bahan lucah) dan DSAI (Jenayah Syariah) tidak akan didakwa. Rahsia atau konspirasi ini tidak akan terdedah dan pengikut setia akan terus percaya dengan apa yang mereka percaya selama ini. Orang ramai akan melupakannya kerana memikirkan isu lain yang lebih mendesak. Wallahu A'lam..

Friday, October 1, 2010

Sejak Bila Mereka Peduli?

Baru -baru ini timbul kritikan daripada UMNO Pulau Pinang berhubung tindakan Kerajaan PR mengagihkan wang ihsan kepada golongan miskin, yang bersumberkan sumbangan daripada syarikat perjudian. Mungkin isunya ada dua, pertamanya ia adalah sumber yang haram dan keduanya penafian /pembohongan Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung pendedahan tersebut.

Saya tidak layak untuk mengulas dari segi hukum, namun ada ulama yang meletakkan sumber tersebut boleh digunakan (rujuk Hukum Mengambil Pemberian Dari Sumber Haram dan Memulangkan Wang Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi). Saya masih 50-50 mengenai perkara tersebut, tetapi kalau mengikut logik UMNO Pulau Pinang, boleh dikatakan semua pendapatan kakitangan kerajaan telah bercampur baur antara halal dan haram, maka haramlah jadinya.

Namun isu kedua (penafian /pembohongan), saya bersetuju bahawa KM PP telah melakukan kesilapan di sini. Kesilapan klasik ahli politik yang suka berbohong untuk melindungi sebarang kesilapan (samada PR atau BN).

Namun secara positifnya, saya suka untuk melihat dari satu sudut. Bahawa puak -puak UMNO ini mula peduli dan prihatin terhadap soal halal haram dalam pentadbiran kerajaan. Justeru, jadikanlah ia satu kes precedent dan sempadan, serta ia akan diaplikasikan dalam pentadbiran mereka pula. Jangan pula "Berkokok berdegar -degar, tapi ekor bergelumang tahi..".  Janganlah ia hanya 'diperjuangkan' kerana mengejar laba politik..

Monday, August 30, 2010

Siti Inshah Mansor dan Namewee

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Siti Inshah Mansor sebelum ini dikatakan mengeluarkan kenyataan Pelajar Cina boleh pulang ke China dan menyamakan gelang keagamaan kaum India seperti rantai anjing ketika perhimpunan sekolah itu.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom menyatakan kenyataan itu yang didakwa bersifat perkauman hanyalah salah faham dan perkara itu telah diselesaikan.

Rentetan perkara tersebut, seorang pemuda Cina yang dikenali sebagai Namewee (yang pernah mencetuskan kontroversi dengan klip video Negarakuku dan TNB suatu ketika dahulu) telah menghasilkan sebuah klip video yang cukup provokatif, penuh dengan kata -kata kesat dan bersifat perkauman.

Pada hemat saya, kedua -dua individu ini bersalah dan bersifat perkauman melampau (dengan anggapan Siti Inshah benar berkata demikian). Siti Inshah mungkin mengeluarkan kenyataannya dalam bentuk yang 'lebih sopan', tetapi harus diingat ia dikeluarkan dalam satu perhimpunan rasmi dan terbuka yang dihadiri oleh guru dan pelajarnya yang berbilang kaum. Kita juga perlu mengambil kira bahawa beliau adalah kakitangan kerajaan yang berkedudukan agak tinggi, yang seharusnya boleh bertindak lebih rasional dan berintegriti.

Manakala Namewee hanyalah belia terpinggir yang mungkin kurang matang lagi (berego tinggi dan bodoh sombong), serta dia melakukannya dalam dunia siber. Tapi ini bukanlah satu pembelaan, lirik lagu beliau jelas melampaui batasan.

Bak kata pepatah Inggeris, Two wrongs doesn't make a right. Pada hemat saya, kedua -duanya bersalah atas apa alasan sekalipun. Pihak berkuasa harus menjalankan penyiasatan yang adil dan menghukum keduanya dengan sewajarnya. Masyarakat akan menilai dan menghakimi sebarang tindakan yang bakal diambil.

Paku Dulang Paku Serpih..

Ia berkaitan dengan isu semasa yang agak hangat diperkatakan mutakhir ini. Isu Ahli Politik DAP /bukan Islam yang memasuki masjid /surau. Mungkin isu -isu yang utamanya adalah:

  • Isu samada bukan Islam boleh atau tidak bukan Islam memasuki ruang solat di masjid /surau.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid dan Ruang Solat Utama di dalam Masjid. Muzakarah tersebut telah memutuskan bahawa :
"Pelancong bukan Islam diharuskan memasuki Masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan senantiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimana pun perbuatan berdoa atau bertafakkur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang."
  • Isu penutupan aurat /tatacara bukan Islam memasuki ruang solat di masjid /surau.
Adakah pemimpin UMNO ini  (sebagai contoh isteri Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) menutup aurat sepenuhnya ketika memasuki ruang solat di masjid /surau?
  • Isu samada ahli politik boleh berucap /berpolitik di dalam masjid /surau.
Ahli politik DAP tersebut wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi yang sah di negara kita. Di dalam konteks tersebut, apa bezanya mereka dengan mana -mana Menteri /MP /ADUN UMNO yang berucap /merasmikan majlis / menyampaikan sumbangan di dalam masjid /surau? Adakah mereka ini tidak dikira berpolitik?
  • Kemurkaan Sultan Selangor dan arahan JAIS /MAIS
Kemurkaan Allah lebih utama dan lebih besar daripada kemurkaan seorang manusia..

Dan nikmatilah klip video Youtube di bawah ini, bagaimana puak -puak UMNO ini mengimarahkan Surau Al Falah, Sekolah Kebangsaan Sijangkang pada 09 Mei 2010 sempena Karnival Juara Rakyat.

Sunday, August 29, 2010

Bukan Islam Memasuki Masjid /Surau

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid dan Ruang Solat Utama di dalam Masjid. Muzakarah tersebut telah memutuskan bahawa :
 
Pelancong bukan Islam diharuskan memasuki Masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan senantiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimana pun perbuatan berdoa atau bertafakkur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Wednesday, June 16, 2010

Judi Bola - Mereka Yang Menyokong..

Dalam laporan akhbar The Sun menyebut, beberapa pihak, antaranya daripada blogger Kickdefella dan Presiden CASSA, menyuarakan logika mengapa lesen perjudian bolasepak harus dibenarkan di Malaysia (atau sesetengah pihak mendakwa, bukannya kerajaan tidak memberi kelulusan baru sebaliknya hanya lesen diperbaharui).

Antara logika yang dinyatakan secara umum, perjudian bolasepak (secara haram) tetap berlaku samada dibenarkan oleh kerajaan atau tidak. Jikalau kerajaan tidak mengeluarkan lesen, kerajaan bakal kerugian berbilion ringgit dan keuntungan tersebut bakal dikuasai sepenuhnya oleh penganjur perjudian haram tersebut. Dan menurut mereka, penganjur perjudian haram itu jugalah yang mendominasi aktiviti -aktiviti negatif seperti kongsi gelap, pelacuran, along, cetak rompak dan sebagainya. Pada mereka, keuntungan yang bakal diperolehi boleh dibelanjakan untuk kepentingan rakyat.

Pada hemat saya, jikalau itulah alasan dan logika yang digunakan, pada masa yang sama kerajaan juga perlu meluluskan rumah pelacuran, rumah urut, kasino dan sebagainya. Kerajaan juga boleh berkongsi laba dan mengelakkan puak -puak kongsi gelap memonopoli segalanya. Dan jangan lupa pula satu lagi, lesen senjata api.

Logika mudah bagi mereka, lesen bermakna wang masuk untuk kerajaan, boleh digunakan untuk rakyat dan mudah untuk kerajaan mengawalnya.

Selain daripada itu, mereka juga mendakwa bahawa kempen anti perjudian bolasepak daripada pihak pembangkang hanya bermotifkan politik. Bukan untuk kepentingan rakyat dan negara. Ini juga logika yang dangkal. Apa sahaja isu yang dibawa oleh pembangkang, samada menguntungkan rakyat atau tidak, ianya bersifat politik pada mata mereka. Harus diingat, yang bersuara itu ahli politik. Maka harusnya ahli politik itu kerjanya hanya perlu diam? Kalau yang bersuara itu PAS, PKR dan DAP maka ia hanya bersifat politik semata -mata. Kalau mereka berlambang dacing, makanya mereka itu Juara Rakyat.. Stupid!

Friday, May 14, 2010

Mereka Lebih Rasis

Media pro kerajaan sering melabelkan pandangan tipikal bahawa DAP adalah parti perkauman, cauvinis dan sebagainya. Saya tidak berminat untuk menafikannya, mungkin ada benarnya, mungkin sekadar propaganda.

Tetapi pada hemat saya, parti komponen BN lebih taksub atau sekurang -kurangnya tahap perkauman dan cauvinis mereka sama taraf dengan DAP. Permulaan yang jelas, mereka bernaung dan dipecahkan atas nama parti perkauman. Pentadbiran ala -British 'Pecah dan Perintah' menjadi asas BN. Kalau DAP rasis, mereka jauh lebih rasis.

Sentimen perkauman yang melampau juga turut dimainkan oleh pihak mereka, cuma ia tidak diwar -warkan pihak media pengampu. 'Spinning Doctor' mereka akan mendiamkan isu sebegini jika ia datang dari satu pihak, tetapi akan mencurahkan minyak petrol jika ia datang dari pihak satu lagi.

Secara peribadinya, itulah sebab saya tidak pernah berminat dengan parti yang berasaskan perkauman. Mungkin perjuangan mereka benar, mereka banyak berjasa, dan sebagainya. Tetapi idea perjuangan berasaskan perkauman akan menjadi tidak relevan lagi pada masa kini dan akan datang.


Kain pemidang di atas memaparkan imej 'Mee Kampua'

"Kampua merupakan hidangan popular Foochow yang mengandungi bahan babi. Memandangkan majoriti di sini adalah Foochow, kami berharap dengan berbuat demikian, ia boleh menghantar isyarat jelas kepada pengundi mengenai isu negara Islam," kata Ngieng - Daniel Ngieng adalah Ketua Publisiti SUPP untuk Pilihanraya Kecil Sibu.

Sunday, April 25, 2010

Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor (Catatan 4)


Kemenangan BN di Hulu Selangor memanglah sesuatu yang tidak mengejutkan. (Pada teori saya) Salah satu master stoke yang dilakukan mereka adalah dengan berunding dan berkompromi dengan 2 calon bebas (V S Chandran dan peniaga, Johan Mohd Diah). Kedua -duanya diketahui umum adalah pendokong parti MIC dan UMNO sebelum ini. Atas sebab yang tidak diketahui, mereka telah menarik diri sehari selepas hari penamaan calon.

Yang pasti, itu adalah faktor yang saya fikir besar dan menyumbang kepada kemenangan BN kali ini, (selain isu -isu yang sedia ada dan faktor -faktor lain).

Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor (Catatan 3)


KUALA KUBU BHARU: Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

Pengumuman keputusan penuh pilihan raya kecil itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan, tepat jam 9.15 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor, di sini. 


Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC Pusat memperoleh 24,997 undi manakala Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendapat 23,272 undi. Pada penamaan calon 17 April lalu, turut bertanding adalah Naib Pengerusi MIC Hulu Selangor, V S Chandran dan peniaga, Johan Mohd Diah, masing-masing calon Bebas tetapi menarik diri pada hari kedua berkempen.

Berita Harian On Line

Sunday, April 18, 2010

Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor (Catatan 2)

Setelah azan subuh berkumandang, saya bingkas bangun. Agak letih kerana kurang tidur. Tandas penuh sesak. Agak janggal melihatkan 'kesesakan yang luar biasa' ini di sesuatu masjid tatkala solat fardhu Subuh. Alangkah indahnya jika ini terjadi setiap subuh.

Saturday, April 17, 2010

Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor (Catatan 1)


Walaupun mengakui sebagai seorang pendokong parti yang setia, secara jujurnya saya tidak melihat partisipasi saya dalam sesuatu pilihanraya kecil sebagai suatu yang amat penting.

Pertamanya, kerana saya datang hanya sebagai penyokong dan hanya 'memeriahkan suasana' sahaja. Dan diakui, saya kurang selesa dengan kesesakan lalu lintas dan berada dalam himpunan manusia yang ramai.

Keduanya, ia melibatkan komitmen dari segi kewangan, masa dan tenaga. Lebih -lebih lagi jika lokasi yang terlibat terletak agak jauh dari tempat saya bermastautin.

Ketiga, tidak mengenali jentera setempat, janggal untuk bercampur dan 'tidak tahu di mana untuk membantu'.

Saturday, March 20, 2010

Ahli Parlimen Bebas

Sidang Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 yang akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada Isnin lalu menyaksikan 7 Ahli Parlimen Bebas diletakkan dalam satu kelompok di Dewan Rakyat.

7 Ahli Parlimen Bebas tersebut adalah:
  1. Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas)
  2. Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru)
  3. Tan Tee Beng (Nibong Tebal)
  4. Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai)
  5. Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar)
  6. Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau)
  7. Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu)

Thursday, February 11, 2010

Saya Pun Melayu

 
Buku ini dikatakan antara buku genre politik tempatan yang terlaris pada tahun lalu, diterbitkan pada Mac 2009. Ia ditulis oleh Zaid Ibrahim (Datuk Mohd Zaid Ibrahim), bekas menteri yang dilantik secara perlantikan Senator di zaman pemerintahan Pak Lah.

Beliau dicatatkan sebagai menteri yang paling singkat perkhidmatannya dalam sejarah pentadbiran negara, iaitu selama 5 bulan 27 hari. Kini, beliau kembali aktif dalam politik tempatan melalui platform Parti Keadilan Rakyat (PKR)