Thursday, February 11, 2010

Saya Pun Melayu

 
Buku ini dikatakan antara buku genre politik tempatan yang terlaris pada tahun lalu, diterbitkan pada Mac 2009. Ia ditulis oleh Zaid Ibrahim (Datuk Mohd Zaid Ibrahim), bekas menteri yang dilantik secara perlantikan Senator di zaman pemerintahan Pak Lah.

Beliau dicatatkan sebagai menteri yang paling singkat perkhidmatannya dalam sejarah pentadbiran negara, iaitu selama 5 bulan 27 hari. Kini, beliau kembali aktif dalam politik tempatan melalui platform Parti Keadilan Rakyat (PKR)


Secara umumnya, buku ini terbahagi kepada 3 Bahagian:
  1. Peristiwa perletakan jawatan beliau, konsep Ketuanan Melayu, Raja dan Perlembagaan Negara.
  2. Cerita peribadi beliau dan liku -liku yang dilaluinya sebelum berjaya menjawat jawatan -jawatan yang penting dalam UMNO dan kerajaan.
  3. Politik semasa, kisah Tun Salleh Abbas dan Mahathirisme.
Buku tersebut sedikit sebanyak memberi ruang kepada penulis untuk menyatakan perspektif beliau terhadap isu -isu yang mungkin perlu diperjelaskan kepada masyarakat. Latar belakang beliau sebagai peguam dan bekas menteri turut memberi kredibilititi dan keyakinan kepada pembaca.

Namun secara umumnya, isu -isu yang dikemukakan terlalu mencapah dan tiada fokus yang jelas. Secara peribadi, saya rasa penulis harus mentiadakan bahagian yang menceritakan kisah peribadi beliau. Mungkin dari beberapa sudut ianya agak relevan, tetapi bagi saya ia menjadikan organisasi isi buku tersebut agak caca marba.

Ia bukanlah karya masterpiece, tetapi tetap bahan bacaan yang menarik dan berfaedah khususnya untuk generasi belia seperti saya.

1 comment:

  1. Petikan dari buku Zaid Ibrahim, 'Saya Pun Melayu' Bab 9:Menjadi Peguam;
    Kawan lama saya semasa bujang Sallehuddin Hashim (Sekarang Datuk & berjawatan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat) ialah org kanan Halim Saad di United Engineers M'sia Bhd pada masa itu.Masa kami bujang, kami sewa sebuah bilik di Brickfields. Sallehuddin gemar guna kereta yg mahal tp selalu tdk ada minyak. Sayalah yg kena bantu, maklumlah peguam muda.Sallehuddin yg memperkenalkan saya kpd Halim Saad & menyakinkan beliau supaya memberi peluang kpd sya utk dilantik sbg peguam kpd konsesi UEM-PLUS Highway yg baru diswastakan oleh kerajaan. Saya terhutang budi & berterima kasih kpd Sallehuddin dan Halim yg memberi peluang ini kpd syarikat saya, walaupun pd masa itu sy belum ada pengalaman dlm bidang project finance & penswastaan. m/s;168
    *Dah biasa dengan gaya hidup mewah

    ReplyDelete