Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Wednesday, October 20, 2010

Denyut Kasih Medik

Sebenarnya akhir -akhir ini aku telah kurang membaca novel, mungkin baru -baru ini beralih kepada pembacaan bahan yang lebih serius. Namun aku sempat mencuri waktu untuk membaca sebuah novel yang nampak agak unik, Denyut Kasih Medik.

Novel ini merupakan hasil tulisan Dr Farhan Hadi Mohd Taib, seorang doktor perubatan lulusan dari UNIMAS. Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd dan cetakan pertama Februari 2010.

Ia mengisahkan seorang doktor muda yang mendepani pelbagai cabaran dalam baru merintis kerjaya dan kehidupan sehariannya. Ia disulami dengan pelbagai isu berkaitan dengan fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh percintaan.

Keseluruhannya, jalan ceritanya agak sederhana dengan gaya bahasa yang mudah. Namun jelas keistimewaan novel ini adalah dari segi persembahan susun aturnya. Melalui nota kaki /sisi, setiap istilah perubatan diperjelaskan dengan baik dan isu berkaitan fiqh disokong dengan dalil yang mantap. Ia cukup membantu sekiranya kita bukannya arif tentang bidang perubatan mahupun agama. Perkara yang kompleks dihuraikan dengan begitu cantik dan santai.

Lagi -lagi ia dikarang oleh penulis yang memang ahli dalam bidang tersebut, jadi hujahnya nampak begitu mampan. Seolah -olah membaca novel kontemporari yang disisip dengan jurnal perubatan Islam.

Tahniah kepada penulis. Sangat dicadangkan untuk golongan remaja dan pelajar.

Thursday, October 7, 2010

Filem Sang Pemimpi [2009]

Filem yang ditayangkan di Indonesia pada penghujung tahun 2009. Merupakan sekuel kepada novel /filem Laskar Pelangi.

Watak utama yang dikekalkan adalah Ikal, iaitu pencerita kepada kisah ini. Ikal berpindah ke Manggar untuk meneruskan persekolahannya di SMA (Sekolah Menengah). Di sana, dia bersahabat baik dengan Arai dan Jimbron. Ikal dan Arai adalah pelajar pintar, dan mereka berdua mengejar impian untuk melanjutkan pelajaran ke Jakarta, dan seterusnya ke Paris.

Kualiti filem kedua ini jauh lebih baik dari Laskar Pelangi. Cuma kurang menginspirasikan berbanding sebelumnya. Kerana mungkin fokusnya lebih kepada dunia keremajaan 3 orang sahabat itu, berbanding tumpuan kepada masalah pendidikan dan kemiskinan yang terdapat pada Laskar Pelangi.

Rating 8/10.

Tuesday, October 5, 2010

Filem Dalam Mihrab Cinta

'Dalam Mihrab Cinta' (DMC) merupakan novel tulisan Kang Abik, atau Habiburrahman El Shirazy. Beliau memang cukup dikenali melalui karya magisnya  iaitu Ayat Ayat Cinta (AAC) dan Ketika Cinta Bertasbih (KCB). Ketika ini beliau sedang dalam proses pembikinan filem DMC, di mana beliau pertama kali menggalas tanggungjawab selaku pengarah. Ia masih di peringkat pengambaran dan dijangka ditayangkan pada tahun hadapan.

Sekilas ingatan saya mengenai jalan cerita DMC, agak kabur kerana saya membaca novelnya lewat masa yang lalu. Ia mengisahkan seorang pelajar pesantran yang telah dibuang pesantrannya akibat tuduhan mencuri yang palsu. Dia terpaksa menyelusuri kehidupan kota yang mencabar, dan akhirnya betul -betul terpaksa mencuri akibat desakan hidup. Kehidupannya mengalami transisi apabila diupah menjadi seorang guru mengaji untuk seorang anak hartawan.

DMC diterajui oleh Dude Harlino, Meyda Sefira dan Asmirandah. Mereka pernah muncul sebagai Ustaz Ilyas, Ayatul Husna dan Dr Vivi dalam Filem KCB sebelumnya.

Untuk filem AAC, Kang Abik hanya bertindak di belakang tabir. Dalam filem KCB pula, beliau hanya memegang peranan kecil selaku Ustaz Mujab tetapi peranannya itu terus berkembang dalam Sinetron KCB. Saya fikir beliau merupakan antara pelakon yang paling cemerlang di dalam sinetron itu. Bukan hanya kerana kualiti lakonannya, tetapi saya fikir kerana nasihat atau syarahan yang terkandung dalam skrip beliau cukup kesampaian dan meyakinkan. Mungkin kerana berbeza sedikit dengan pelakon yang lain, mereka hanya berlakon sebagai ustaz atau ustazah. Nasihat atau syarahan mereka hanya skrip semata -mata.

Ada yang bertanya kepada saya mengapa saya gemar dan memberi perhatian kepada filem Islamik sebegini. Jujurnya diakui kalau dinilai dari aspek seni dan kualiti, filem -filem sebegini bukanlah tanda aras sebuah filem yang berkualiti tinggi. Tahap lakonan para pelakonnya juga boleh dikategorikan sebagai sangat amatur. Tetapi ia merupakan satu anjakan baru dalam dunia filem. Filem yang bukan sahaja berperanan sebagai suatu bahan hiburan, tetapi dalam masa yang sama boleh mendidik dan tidak melanggari batasan syariat.

Tuesday, March 16, 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010


Acara tahunan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ini akan diadakan di PWTC pada 19 sehingga 28 Mac 2010. Masuk adalah percuma dan pelbagai aktiviti serta promosi akan diadakan. Masa kunjungan adalah 10 pagi - 8 malam (Isnin - Khamis) manakala 10 pagi - 9 malam (Jumaat - Ahad)

Ratusan penerbit tempatan dan antarabangsa akan menyertainya, dan bahan bacaan pelbagai genre dan sesuai untuk semua lapisan umur akan terdapat di sana nanti. Jadikan budaya membaca sebahagian daripada gaya hidup kita!

Kunjungi laman web berikut http://www.kualalumpurbookfair.com/ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini.

Wednesday, February 17, 2010

Lydia Teh

 

Who's Lydia Teh? Well, she's neither a big shot celebrity or well known politician.. 

Friday, February 12, 2010

BACA@LRT 2

Program BACA@LRT akan mengadakan aktiviti buat kali ke 2 pada:
Tempat bermula:Stesen LRT (Terminal Putra Gombak - Taman Jaya)
Hari, Tarikh & Masa:Sabtu, 20 Februari 2010, 10:00 - 11:30 pagi         

Untuk maklumat lanjut, sila sertai Facebook BACA@LRT

Thursday, February 11, 2010

Saya Pun Melayu

 
Buku ini dikatakan antara buku genre politik tempatan yang terlaris pada tahun lalu, diterbitkan pada Mac 2009. Ia ditulis oleh Zaid Ibrahim (Datuk Mohd Zaid Ibrahim), bekas menteri yang dilantik secara perlantikan Senator di zaman pemerintahan Pak Lah.

Beliau dicatatkan sebagai menteri yang paling singkat perkhidmatannya dalam sejarah pentadbiran negara, iaitu selama 5 bulan 27 hari. Kini, beliau kembali aktif dalam politik tempatan melalui platform Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Tuesday, February 9, 2010

Mat Kilau Pahlawan Pahang

 

Sejarah merupakan subjek yang paling saya kurang beri perhatian semasa SPM dahulu. Bukan kerana kurang meminatinya, tetapi pada waktu itu saya fikir saya lebih harus beri lebih tumpuan kepada sujek -subjek yang lebih sukar seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan. Dan hasilnya, saya hanya mendapat gred C3 bagi subjek Sejarah.

Tetapi, setelah dewasa dan ketika ini, saya fikir Sejarah merupakan subjek yang amat menarik, dan lebih penting penting, Sejarah adalah subjek yang amat mudah untuk discore. Sejarah perlu dibaca sebagai suatu cerita dan bukannya dilihat sebagai fakta semata -mata.

Thursday, January 28, 2010

Ramlee Awang Murshid



Jika anda peminat novel kontemporari tempatan, nama penulis prolifik Ramlee Awang Murshid (RAM) tidak perlu diperkenalkan lagi. Penulis ini dikatakan penulis novel thriller nombor 1 di Malaysia. RAM dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini, beliau bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Friday, January 22, 2010

Wednesday, January 20, 2010

Syahadat Cinta


Syahadat Cinta merupakan sebuah filem yang diadaptasikan dari novel yang menggunakan judul yang sama, hasil karya Taufiqurrahman Al Azizy. Ia ditayangkan di Indonesia pada Ogos 2008 dan dibintangi oleh oleh Arif Rahman, Imel Puteri Cahyati, Cantika Atmenagara dan Muchtar Sum. Ia pernah ditayangkan di saluran Astro Boxoffice tahun lalu.

Monday, January 18, 2010

BACA@LRT



Pada hari Sabtu (16 Januari) yang lalu, satu gerakan yang dinamakan Baca@LRT telah mengadakan satu program galakan untuk membaca di dalam LRT. Ia telah mendapat sambutan baik di kalangan peminat buku, penyokong gerakan ini dan pengguna LRT. Program telah dimulakan pada 09:30 pagi dan diadakan LRT Aliran Ampang, bermula dari stesyen Terminal Putra hingga ke stesyen Kelana Jaya. Ia adalah julung kali diadakan dan bakal diadakan lagi setiap bulan (seterusnya pada bulan Februari)

Saturday, January 16, 2010

Ketika Cinta Bertasbih 2



Ketika Cinta Bertasbih 2 (KCB2) telah ditayangkan di Indonesia pada September 2009. Ia merupakan kesinambungan KCB bahagian 1 dan penerusan kehidupan Azzam, Anna, Furqan, Husna dan Eliana.

Tuesday, December 29, 2009

Filem Laskar Pelangi


Ada seorang ustaz meminta cadangan daripada saya filem yang baik untuk tontonan seisi keluarga. Saya terfikirkan Laskar Pelangi.

Monday, December 21, 2009

Ketika Cinta Bertasbih

Filem ini telah mula ditayangkan di Indonesia Julai lalu. Ia merupakan filem kedua yang diinspirasikan dari novel Habiburrahman El-Shirazy (Kang Abik) selepas novel Ayat -Ayat Cinta (AAC) . Namun setelah hampir setengah tahun, aku menunggu dan terus menunggu kedatangan filem ini ke Malaysia. Penantian tidak berakhir, samada dalam bentuk DVD /VCD atau tayangan di pawagam. Justeru, memuatturunnya dari internet adalah pilihan yang ada (Maaf ya Kang Abik, aku tidak berniat menyokong pirasi!).

Tuesday, December 15, 2009

Atas Nama Cinta -Kisah Hidup Natrah

Ketika tulisan ini ditaip, Teater Natrah sedang dipentaskan di Istana Budaya. Penulis ingin mencadangkan medium alternatif lain untuk mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai kisah Natrah /Nadra / Maria Hertogh. Novel epik sejarah ini hasil tulisan Isa Kamari. Penulis yang telah memenangi pelbagai anugerah, antaranya yang terkini, Anugerah Tun Sri Lanang 2009.

'Atas Nama Cinta' berdasarkan fakta sejarah, menyelusuri kisah hidup Natrah (1937-2009) di Jawa, Terengganu, Singapura dan Belanda. Novel sejarah biasanya membosankan, tetapi Isa telah berjaya mempersembahkan kisah tragik ini dengan santai dan tersusun. (Novel ini diterbitkan sebelum Natrah meninggal dunia)

Sunday, December 13, 2009

Buku 'Dari Beirut Ke Jerusalem'

Buku terbitan Harakah dan tulisan jujur Dr Ang Swee Chai. Beliau merupakan doktor sukarela yang membantu warga Palestin di Lubnan sepanjang dekad 80an. Beliau merupakan anak kelahiran Pulau Pinang, warganegara Britain dan beragama Kristian.

Beliau telah menyaksikan dengan dekat tragedi Sabra dan Shatila pada 15 September 1982. Buku ini mencoretkan pengalaman getir, pahit, menyayat hati dan memilukan sepanjang beliau berada di sana. Ia digambarkan dengan tersusun dan direncah dengan gaya bahasa yang mudah (Buku ini adalah terjemahan, edisi asal berbahasa Inggeris dan diterbitkan pada tahun 1989)