Saturday, January 16, 2010

Ketika Cinta Bertasbih 2



Ketika Cinta Bertasbih 2 (KCB2) telah ditayangkan di Indonesia pada September 2009. Ia merupakan kesinambungan KCB bahagian 1 dan penerusan kehidupan Azzam, Anna, Furqan, Husna dan Eliana.


Anna dan Furqan telah sepakat untuk melangsungkan pernikahan. Namun Furqan yang telah dijangkiti virus HIV berasa serba salah untuk menggauli isterinya dan menyebabkan kebahagian rumahtangga mereka diselubungi tanda tanya dan konflik.

Azzam meneruskan kehidupan di desanya bersama keluarga tercinta. Walaupun mempunyai kelulusan Sarjana Muda dari Al Azhar, beliau gagal memperolehi pekerjaan yang stabil. Beliau akhirnya menceburi bidang perniagaan makanan. Ibunya turut mendesaknya mendirikan rumahtangga dan beberapa watak wanita muncul dalam kehidupannya. Antaranya doktor ayu yang bernama Dr Vivi.

Eliana dalam diam turut menaruh hati kepada Azzam. Namun latar belakangnya sebagai pelakon sinetron, menyebabkan penerimaan ibu Azzam kurang menyenangkan. "Lulusan Al Azhar kok pacaran sama artis, ye tidak cocok", kata ibunya. Dalam pada itu, Husna terus merintis kehidupan sebagai penulis. Dan cinta beliau sedang diintai oleh Ilyas, jejaka yang pernah mengkhitbah Anna.

KCB2 berlatarbelakang kehidupan di desa. Dialognya banyak menggunakan Bahasa Indonesia dan Bahasa Jawa (itu yang menariknya!). Pelbagai konflik kecil di kampung Azzam turut menjadi sub -plot filem ini. Berikut adalah download linknya:

Link was removed due to copyright issue.


5 comments:

  1. Alternative links melalui HotFile.com, MegaUpload dan Rapidshare pun ada. Tapi, aku rasa MediaFire yang terbaik dan termudah..

    ReplyDelete
  2. TQ Mr Dulang. Looking forward to enjoy this movie!

    ReplyDelete
  3. Tkasih Mr Dulang..great movie!!

    ReplyDelete
  4. Saja nk syer lirik lagu KCB ni.Kot2 ler nak nyanyi sama masa layan movie tu..hehehe

    Ketika Cinta Bertasbih - Melly Goeslaw

    Artis/Penyanyi: Melly Goeslaw feat Amee

    Bertuturlah cinta
    Mengucap satu nama
    Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
    Cinta yang bertasbih
    Mengutus Hati ini
    Kusandarkan hidup dan matiku padamu

    (Amee)
    Bisikkan doaku
    Dalam butiran tasbih
    Kupanjatkan pintaku padaMu Maha Cinta
    Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
    Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

    (Melly & Amee)
    Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
    Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
    Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
    Sujud sukur padamu atas segala cinta…

    ReplyDelete