Wednesday, January 27, 2010

JDrama: Shiroi Haru



Shiroi Haru a.k.a White Spring (English Title)


Drama 11 episod ini mengisahkan Haruo (Abe Hiroshi), seorang bekas anggota Yakuza baru sahaja dikeluarkan dari penjara atas kesalahan membunuh. Wang simpanannya telah dicuri di sebuah restoran dan beliau terpaksa memohon ehsan rakan lamanya untuk kembali memulakan hidup barunya.


Dia mendapati teman wanitanya Mariko telah mati akibat penyakit kanser dan telah berkahwin dengan lelaki lain, iaitu Koji. Haruo cuba menjejaki Koji bagi merungkaikan beberapa persoalan mengenai kematian Mariko dan wang yang ditinggalkannya untuk pembiayaan pembedahan Mariko Dalam proses menjejaki lelaki itu, dia telah berkenalan dengan Shiori dan Sachi. Shiori seorang wanita muda yang sedang mencari haluan hidup, tertarik dengan Haru kemudiannya, manakala Sachi kanak -kanak perempuan berusia 8 tahun yang kebetulan merupakan anak kepada Koji.

Ikuti pelbagai detik suka duka Haru apabila mendapati realiti sebenar kematian kekasihnya dan bagaimana perasaannya apabila dia mendapati yang dia mempunyai seorang anak perempuan. Haru gigih memulakan hidup baru yang penuh kesukaran dan cabaran.

Siri drama ini mempunyai jalan cerita yang menarik, melodrama dan dibarisi pelakon -pelakon yang mantap. Sentimen kasih antara anak dan bapa menjadi tema utamanya. Namun penceritaannya agak perlahan. Keseluruhannya, satu lagi persembahan mantap dari Abe Hiroshi (pelakon drama kegemaran penulis) dan penulis memberi rating 7.5/10. (ditayangkan di Jepun April 2009). Set DVDnya sudah berada di pasaran Malaysia (Speedy Video). Antara anugerah yang telah berjaya digondol adalah:

    * 61st Television Drama Academy Awards: Best Actor - Abe Hiroshi
    * 61st Television Drama Academy Awards: Best Scriptwriter - Ozaki Masaya
    * 61st Television Drama Academy Awards: Special Award - Ohashi Nozomi




Abe Hiroshi

No comments:

Post a Comment