Monday, January 4, 2010

Dr Ridhuan Tee di Telok Panglima Garang (Intipati)


Pada 2 Januari yang lalu, Dr Ridhuan Tee telah menyampaikan Ceramah Maal Hijrah di Masjid Al Hidayah, Telok Panglima Garang. Sambutan adalah amat menggalakkan walaupun hujan turun dengan agak lebat. Atas permintaan, berikut adalah intipati ceramah tersebut:

  • Perayaan menyambut Tahun Baru Masihi haruslah diadakan secara bersederhana dan tidak melebihi perayaan sambutan Maal Hijrah. Ini kerana dari sudut sejarah, Tahun Baru Masihi adalah perayaan penganut Kristian, yang mempunyai kira -kira 10% populasi berbanding 60% penduduk Islam di Malaysia.
  • Umat Islam harus berhati -hati dengan permintaan demi permintaan orang bukan Islam. Ini adalah respon beliau terhadap isu kebenaran penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja. Beliau secara umumnya membantah keras kebenaran tersebut.
  • Umat Islam harus mengambil contoh perpaduan dan kesatuan kaum Cina apabila mendepani isu dan pihak yang mencabar perkara berkaitan dengan hak mereka, terutama dalam soal pendidikan dan kebudayaan.
  • Kelompok kanak -kanak, remaja, belia, warga emas dan wanita (5 kelompok) harus memainkan peranan masing -masing bagi membentuk masyarakat Islam yang kuat dan tidak boleh diperlekehkan.
  • dll.
Kesimpulannya, kebanyakkan intipati ceramah yang disampaikan bukanlah perkara baru dan telah diketahui umum. Namun, kita harus mengambil tauladan daripada Dr Ridhuan yang bersungguh -sunggguh mempertahankan hak orang Melayu Islam di negara ini. Beliau sanggup dicemuh dan dicerca oleh kaumnya sendiri berikutan kelantangan beliau terutama menerusi penulisan di dalam blog dan akhbar. Amatlah malu kita sebagai orang Melayu /Jawa Islam berasa selesa dengan situasi hari ini. Sila ikuti blog beliau: http://ridhuantee.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment