Saturday, January 16, 2010

JDrama: Buzzer Beat


Drama menggabungkan tema sukan bola keranjang, seni muzik dan cinta muda mudi.

Naoki (Yamashita Tomohisa) seorang pemain bola keranjang profesional pasukan ARCS. Beliau mempunyai kekasih, Natsuki yang merupakan ketua kumpulan sorak pasukannya. Naoki merancang untuk mengahwini buah hatinya namun dalam diam, Natsuki menjalankan hubungan sulit dengan rakan sepasukan Naoki dalam ARCS.

Riko pula merupakan lulusan kolej muzik yang bercita -cita menjadi pemain violin. Dalam satu insiden, Riko telah berkenalan dengan Tomoya yang merupakan jurulatih pasukan ARCS. Tomoya tertarik dengan Riko dan bersungguh -sungguh untuk mendapatkan cintanya.

Naoki dan Riko tertarik antara satu sama lain, namun terhimpit dengan konflik yang membabitkan jurulatih, kekasih, rakan karib dan impian masing -masing.

Secara umumnya, Buzzer Beat manyajikan formula lazim Drama Jepun, cinta 3 segi dan keazaman untuk mengejar impian. Namun ia diolah dengan baik. Suasana perlawanan tampak realistik dan pelakon yang menjadi pemain bola keranjang turut menampilkan kesungguhan dan kemahiran bermain yang tidak meragukan.

Pelakon utama Naoki (Yamashita Tomohisa) memberikan persembahan yang amat sederhana, manakala Riko (Kitagawa Keiko, gambar kiri) lebih mencuri tumpuan. Keseluruhannya, penulis memberi rating 5.5/10. (ditayangkan di Jepun Julai 2009)

5 comments:

  1. Mcm baguzz ja drama ni.lagipun mmg aku peminat drama Jepun..kisah cinta bersegi-segi tu la yg nmpak menarik.baru ada cabaran lebih.cinta telus ke tak telus..atau nak permainkan orang.tak kiralah, utk insan yg bergelar ADAM @ HAWA..

    ReplyDelete
  2. dload link ade ke?

    ReplyDelete
  3. replica bags on amazon find more information r4t36g2c41 best replica bags online 2018 replica bags chicago replica gucci bags h7n96s0t83 replica bags chicago replica bags wholesale mumbai hop over to these guys p3y48h2z68 replica bags qatar

    ReplyDelete