Friday, January 8, 2010

Facebook




Antara artikel terkini yang disiarkan di Zaharuddin.Net adalah Facebook, Yahudi & Status Hukum (klik untuk membaca artikel penuh). Artikel tersebut mengolah dari sudut hukum dengan baik.

Obsesi terhadap penggunaan laman web sosial mula menyuburkan di kalangan pengguna internet di Malaysia kira -kira 10 tahun yang lalu. Pada hari ini, boleh dikatakan semua remaja yang bersekolah dan mempunyai akses internet mempunyai sekurang -kurangnya 1 akaun laman sosial.



Facebook (FB) diasaskan oleh Mark Zuckerberg (seorang Atheist, berbangsa Yahudi) bersama dengan rakan -rakannya ketika menuntut di Universiti Harvard pada tahun 2004. Beliau dianggap antara 101 orang paling berpengaruh di dunia oleh Majalah Time pada tahun 2008 di mana beliau diletakkan di tangga ke 52. Pada hari ini, beliau yang baru berusia 25 tahun telah mengetuai syarikat yang dianggar bernilai 2 Billion USD.

Kesimpulan dan saranan Ustaz Zaharuddin mengenai penggunaan FB:
  • Memanipulasi akaun FB untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.
  • Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.
  • Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di FB orang yang dikongsi dan juga syarikat FB.
  • Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.
  • Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.
  • Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma FB. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.
  • Menyedari bahawa maklumat kita di FB boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana FB.
(tambahan daripada saya)
Pangkalan data yang dibentuk boleh digunakan oleh FB sebagai:
Tujuan perniagaan. Mereka boleh menjual maklumat yang ada sebagai 1 komiditi kepada syarikat -syarikat korporat yang memerlukannya bagi tujuan analisis pasaran dan promosi.
Profiling dan Data Mining. Data yang dikumpulkan (selain tujuan perniagaan) boleh digunakan untuk perang saraf musuh -musuh Islam.

Berikut adalah fakta ringkas berkenaan penggunaan Facebook di Malaysia
(Sumber: http://www.checkfacebook.com/)


Pengguna Facebook di Malaysia (Disember 2009) - 3,425,300 pengguna dan ke 19 tertinggi di dunia.



Pecahan Gender
Lelaki - 49.3%
Wanita - 50.7%
Bilangan pengguna lelaki dan wanita adalah hampir setara.





Pecahan Kelompok Umur
18-24 tahun adalah kelompok tertinggi dengan 1,319,820 pengguna dan membentuk 39.0% dari jumlah keseluruhan. Ini diikuti oleh 25-34 tahun, seramai 1,148,660 pengguna dengan peratusan 33.9%




Berikut adalah kedudukan 3 laman sosial terpopular di dunia mengikut statistik yang dibuat oleh Ebizmba.com

1 | Facebook.com
722,434,829 - Inbound Links | 122,220,617 - Compete Monthly Visitors | 93,300,000 - Quantcast Monthly Visitors
2 | MySpace
345,130,806 - Inbound Links | 55,599,585 - Compete Monthly Visitors | 61,300,000 - Quantcast Monthly Visitors
3 | Twitter
628,750,806 - Inbound Links | 23,579,044 - Compete Monthly Visitors | 28,000,000 - Quantcast Monthly Visitors

4 comments:

  1. Terbeliak mata bila baca topik ni.ape2 pn sebagai umat Islam,kita mesti hati-hati dan ambil serta guna pakai saranan yg diberi..
    TQ to En Bakthiar sbb b'kongsi info.

    ReplyDelete
  2. bukan hang dulu keje ngan FB ke? ke salah org.. maybe aku confuse antara ko dgn Kareem. hehe.. anyway, klu kita nak compete n develope ala2 FB, maybe dah tlambat. kena pk n jd pioneer idea baru. boleh jadi instant millionaire ni.. yg buat search engine, blog, FB mulanya semua org biasa /student je..

    ReplyDelete