Saturday, January 2, 2010

Kalimah ALLAH




Gereja dibenar guna kalimah Allah

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Gereja Katolik dibenarkan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan ketika membenarkan permohonan tersebut berkata, Gereja Katolik selaku pemohon mempunyai hak untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa menjadi satu kesalahan bagi seseorang bukan Islam untuk menggunakan perkataan Allah kepada umat Islam untuk menyebarkan agamanya.

Bagaimanapun, katanya, ia bukanlah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu sesama mereka bagi tujuan agama mereka.
(Petikan Utusan Malaysia 1 Januari 2010)

Berikut (sekadar contoh) pihak yang menyokong kebenaran penggunaan perkataan Allah di dalam penerbitan pihak gereja:
  • Khalid Samad (MP Shah Alam)
  • Mohd Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis)
  • dll 
Pihak yang menentang:
  • KDN
  • Perkasa
  • Dewan Ulama PAS
  • PUM 
  • Zulkifli Noordin (MP Kulim Bandar Baharu)
  • dll 
Penulis berminat merujuk kepada hujahan

kerana mereka antara yang awal mengemukakan hujahan di blog masing -masing. Kesimpulan awal penulis:

  • Hujah asas pihak yang membenarkan /bersetuju, bersandarkan dalil Al Quran yg sahih dan sirah. Juga banyak menekankan soal dakwah dan keterbukaan Islam.
  • Hujah asas pihak yang menentang, banyak bersandarkan hujah kpd maslahat umat di Malaysia, kerisauan terhadap kelemahan akidah umat dan prejudis /berhati2 dgn 'pihak yang satu lg'. Mereka juga mempunyai nas Al Quran untuk menyokong hujah mereka.
  • Kedua -dua pihak ada asas dan hujah yg kukuh. Sebarang polemik dan perbahasan perlu dilakukan atas dasar ilmu dan dalil. Di sinilah dituntut kebijaksanaan pemerintah dan mereka yg berada di puncak sistem perundangan (hakim) bagi membuat Ijtihad terbaik.
Justeru pada hemat penulis, pihak awam dan mereka yg berasa keliru dgn isu ini, disarankan agar memantapkan ilmu akidah sedia ada (serta ilmu2 lain) dan menjaga ahli keluarga, jiran -jiran, rakan -rakan dan masyarakat secara umumnya.

2 comments:

  1. Perkataan jamak MEREKA-MEREKA, adalah salah digunakan..diminta penulis tidak menggandakan perkataan tersebut.Hanya guna "MEREKA" sahaja.Ia sudah menunjukkan bilangan yg ramai..terima kasih.

    -Prihatin bahasa-

    ReplyDelete