Saladin ialah sebuah projek animasi yang diilhamkan daripada riwayat Salah Al-Din Yusuf Ibni Ayub, wira Islam yang menyatukan para Muslimin menghadapi Perang Salib pada abad ke-12. Siri ini diterbitkan oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) Malaysia. Adaptasi kisah Saladin yang asalnya dirancangkan sebagai sebuah filem, sebaliknya dijadikan siri animasi TV 13 episod.
Ia telah menarik perhatian umum apabila menerima 2 anugerah di luar negara, di Pesta Kartun dan Animasi Antarabangsa Seoul (SICAF) 2007 (Teknologi Terbaik - Rancangan Promosi) dan di Pesta Animasi Antarabangsa Tokyo 2007 (Anugerah Tokyo Big Sight).
Dua episod terawal disiarkan di Astro Ria sebagai prebiu pada September 2007. Ia berkisar kepada kehidupan Saladin semasa kanak -kanak dan remaja. Berikut adalah ulasan ringkas saya berdasarkan prebiu tersebut:
- Tidak menonjolkan keindahan akhlak Islam. Contohnya, tidak ketara penggunaan kalimat lazim seperti "Assalamualaikum", "Subhanallah", dll. Akhlak heronya (Saladin) yang digambarkan sebagai kanak -kanak yang adventurous dan nakal. 'Nilai Akhlak Islam' seharusnya diberi penekanan kerana sasaran utama audiennya adalah kanak -kanak dan remaja.
- Terlampau terpengaruh dengan produk Disney. Raut wajah, pakaian, plot cerita, watak penjahat, runut bunyi dll.
- Oleh kerana versi utamanya Bahasa Inggeris, penyampaian dialog di dalam Bahasa Melayu agak kaku dan tidak kesampaian.
- Motion animasi yang kaku dan lemah.
- Ulasan keseluruhan "Not bad, but i'm not impressed.."
Namun saya berharap dalam tempoh 2 tahun yang telah berlalu akan memberi ruang kepada MDeC untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada. Ini kerana khalayak melihat ia seolah -olah mewakili penanda aras kualiti produk animasi Islam dan di masa yang sama, satu lagi produk buatan Malaysia. Dan yang paling penting, ia bakal memberikan hiburan alternatif kepada anak -anak kita yang selama ini membesar dengan produk luar.
MDeC telah mengesahkan bahawa siri animasi ini akan menemui penonton pada Ramadhan akan datang (Julai 2010). Musim kedua pula dijadualkan pada Julai 2011.
Mg2 success..jdikan landasan syariat sebagai rujukan utama.Tunjukkan, ISLAM BOLEH!!
ReplyDeleteSaladin = overhype.. sbb menang 2 award.. tp hasilnya amat sederhana..
ReplyDeletetp masih boleh diperbaiki & smg industri temapatan /Islamic akan lebih subur..
Geng /Upin & Ipin lebih baik dari kualiti keseluruhan..
supreme hoodie
ReplyDeletesupreme clothing
cheap jordans
yeezy
yeezy
yeezy boost
moncler jackets
yeezy boost 700
golden goose outlet
kd shoes