Pada hari Sabtu (16 Januari) yang lalu, satu gerakan yang dinamakan Baca@LRT telah mengadakan satu program galakan untuk membaca di dalam LRT. Ia telah mendapat sambutan baik di kalangan peminat buku, penyokong gerakan ini dan pengguna LRT. Program telah dimulakan pada 09:30 pagi dan diadakan LRT Aliran Ampang, bermula dari stesyen Terminal Putra hingga ke stesyen Kelana Jaya. Ia adalah julung kali diadakan dan bakal diadakan lagi setiap bulan (seterusnya pada bulan Februari)
Penulis amat menyokong program seumpama ini diadakan walaupun penulis bukanlah terdiri daripada pengguna tetap LRT atau perkhidmatan pengangkutan awam yang lain. Kebanyakan kita lebih selesa duduk bermenung, bermain SMS atau berbual kosong ketika dalam perjalanan mahupun ketika menunggu LRT (atau bas) dan menunggu angka giliran (di bank, pejabat pos, atau sebagainya). Amalan lazim penulis, penulis sering memastikan di dalam beg kerja penulis sentiasa ada bahan bacaan (surat khabar, majalah ataupun buku). Tak kiralah samada suratkhabar tersebut suratkhabar minggu lepas atau sebagainya, yang penting ada bahan bacaan untuk dibaca.
Budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia amatlah menyedihkan. Banyak kajian telah merumuskan bahawa bangsa Malaysia malas membaca (satu kajian dahulu mendapati rakyat Malaysia hanya membaca 2 muka surat buku setahun!). Membaca adalah kaedah mendapatkan ilmu yang ulung dan semua orang Islam tahu ayat Al Quran pertama adalah berkenaan dengan membaca.

Semoga usaha murni ini akan berterusan dan akan memberi impak positif kepada ketamadunan agama, bangsa dan negara.
Membaca jambatan ILMU.so,teruskan lah membaca..
ReplyDelete