Wednesday, January 27, 2010

Filem Traitor



Islam selalu digambarkan dalam filem Hollywood sebagai suatu agama yang sinonim dengan keganasan. Penganutnya fanatik dan sanggup membunuh insan yang tidak berdosa untuk mengejar impian ke syurga. Itulah yang digambarkan dalam Munich, United 93, The Kingdom dan banyak lagi.

Penulis mengetahui mengenai filem ini secara tidak sengaja. Penulis telah menaip Filem + Islamik + Hollywood di Goggle, dan telah dibawa ke suatu blog yang mendakwa Traitor merupakan filem Islamik (?). Atas dasar ingin tahu, penulis berusaha meluangkan masa menonton filem tersebut.


Filem ini mengisahkan Samir, seorang bekas anggota tentera Amerika yang merupakan seorang Muslim yang taat. Pada awalnya, beliau digambarkan sebagai seorang pembekal bahan letupan yang cuba berurusan dengan rangkaian pengganas Al -Nathir. Kepakarannya dalam menyediakan bahan letupan membolehkannya mendapat kepercayaan untuk menjadi sebahagian daripada tenaga penting operasi keganasan rangkaian tersebut.

Namun Samir sebenarnya adalah agen perisik Amerika yang berusaha untuk melumpuhkan organisasi tersebut. Atas dasar kepercayaannya bahawa Islam yang dianutinya adalah agama yang cintakan kedamaian dan sentiasa melindungi nyawa manusia. Namun beliau sering terperangkap dalam dilema untuk menuruti perintah agensi risikannya, rangkaian pengganas, ataupun ajaran Islam itu sendiri.

Secara keseluruhannya, jika hendak dikatakan filem ini membela Islam sepenuhnya adalah tidak tepat sama sekali. Sebahagian besar watak antagonis dan pengganas digambarkan sebagai penganut Islam. Mereka bersifat fanatik dan hanya menurut perintah (taklik buta). Hanya watak protoganis Samir sahaja yang digambarkan sebagai muslim yang baik. Bahkan pihak yang berautoriti seperti FBI dan CIA juga turut digambarkan sebagai 'pihak yang benar dan baik'.

Namun dari segi positifnya, filem ini telah memberi pembelaan yang kecil bahawa Islam tidak pernah menganjurkan keganasan. Skripnya juga disulami dengan Hadis dan potongan ayat Al Quran juga diterjemah dan diguna dalam konteks yang betul. Contohnya:

Omar: You know, it's true what they say. War is the lesser jihad. To overcome temptation, to live rightly, that is the great jihad.
Samir: And is that what we've been doing? You ever ask yourself that?
Omar: Sometimes.
_______________

Samir: You know, the Qur'an says that if you kill an innocent person, it's as if you've killed all mankind?
Clayton: It also says that if you save a life, it's like you've saved all mankind. You're a hero, Samir.

Secara keseluruhannya, penulis tidaklah menganggap filem ini sebuah filem yang Islamik sepenuhnya. Tetapi ia tetap filem yang amat baik dan sedikit sebanyak boleh memberi perspektif yang berbeza kepada masyarakat barat terhadap agama Islam yang tercinta ini. Rating 8/10.

2 comments:

  1. Traitor 2008 axxo
    http://rapidshare.com/files/326058056/2008T_by_SAW.part1.rar
    http://rapidshare.com/files/326046621/2008T_by_SAW.part2.rar
    http://rapidshare.com/files/326118629/2008T_by_SAW.part3.rar
    http://rapidshare.com/files/325978524/2008T_by_SAW.part4.rar
    http://rapidshare.com/files/326100338/2008T_by_SAW.part5.rar
    http://rapidshare.com/files/326058064/2008T_by_SAW.part6.rar
    http://rapidshare.com/files/326005244/2008T_by_SAW.part7.rar
    http://rapidshare.com/files/325958587/2008T_by_SAW.part8.rar

    ReplyDelete
  2. JOM KITA TONTON!!AL-ISLAMU YA'LU WALA YU'LA 'ALAIHH..

    ReplyDelete