The Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) telah mengemukakan 14 tuntutan pada tahun 2007. Dalam suasana kegawatan (isu penggunaan kalimah Allah dan serangan ke atas rumah ibadat), mari kita merenung kembali 14 tuntutan mereka itu.
1) Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2) Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3) Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4) Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5) Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6) Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7) Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8) Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9) Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10) Bible dalam bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11) Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12) Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13) Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang bukan Islam.
14) Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Penulis tidak berniat untuk mencurah minyak tanah ke dalam api khususnya dalam situasi ketika ini. Tetapi yang menjadi persoalan, bagaimana masyarakat bukan Islam boleh bergabung kekuatan dan tuntutan -tuntutan yang tampak melampau pada mulanya itu sudah semakin lunak dan boleh direalisasikan.
Justeru, kita sebagai umat Islam di Malaysia, sebuah negara Islam, harus punya kekuatan dan kesepakatan atas dasar akidah yang sama. Slogan 1 Malaysia memang lunak bunyinya, tetapi akidah dan tauhid yang satu itu perlu kita pegang seerat -eratnya. Artikel rujukan daripada Dr Ridhuan Tee "Apa Yang Tinggal Pada Kita"
Dahsyat bangat tuntutan MCCBCHST ni..sememangnya kalau masyarakat muslim x bersatu dan merasakan tuntutan ini masih x menggugat agama rasmi kita iaitu ISLAM,tanggapan itu mmg silap.sedih,takut sebenarnya dgn situasi yg berlaku kini.hanya segelintir shj yg mengambil berat isu sebegini.tp,selebihnya buat endah x endah saja.Apa dh jadi..
ReplyDeleteAgama2 lain nampaknya ingin m'cabar ISLAM.Tengoklah!!betapa beraninya mereka..
umat Islam kini perlu bangkit bersatu..demi utk perjuangkan 1TAUHID..1ISLAM..1UMMAH
TAKBIR!!10X
yeezy shoes
ReplyDeletebirkin bag
jordan shoes
supreme
kobe 9
lebron shoes
supreme clothing
supreme
balenciaga
supreme outlet