Wednesday, January 20, 2010

Syahadat Cinta


Syahadat Cinta merupakan sebuah filem yang diadaptasikan dari novel yang menggunakan judul yang sama, hasil karya Taufiqurrahman Al Azizy. Ia ditayangkan di Indonesia pada Ogos 2008 dan dibintangi oleh oleh Arif Rahman, Imel Puteri Cahyati, Cantika Atmenagara dan Muchtar Sum. Ia pernah ditayangkan di saluran Astro Boxoffice tahun lalu.

Ia mengisahkan Iqbal, anak muda seorang hartawan yang lalai dalam kehidupannya. Meminum arak, berlumba kereta, tidak pernah solat dan tiada asas dalam agama. Dia cuba meniti jalan keinsafan setelah mencederakan ibunya secara tidak sengaja. Lalu mengambil keputusan untuk mendalami ilmu agama di sebuah pesanteran di Solo.

Namun, 2 bulan pertamanya di sana diisi dengan menjadi budak suruhan pesanteran sahaja. Ini kerana asas agamanya sangat lemah, justeru tidak dapat menuruti pembelajaran seperti mana rakan -rakan pesanteran yang lain. Namun dia tabah mempelajari ilmu agama sedikit demi sedikit daripada rakan -rakan walaupun tetap menyimpan rasa kurang puas hati kepada Kiai Siddiq, pemilik pesanteran tersebut. Dalam melepaskan kemarahannya, dia secara tidak sengaja bertengkar dengan Aisyah, cucu kepada Kiai Siddiq. Kerana ketakutan, dia melarikan diri.

Dalam pengembaraan barunya, dia mengenali Pricilia, seorang gadis Kristian dan sebuah keluarga pengemis 3 beranak. Dia tinggal bersama keluarga pengemis itu, sambil mempelajari agama dengan salah seorang anak pengemis tersebut. Banyak cubaan dan pengalaman baru yang diperolehinya..

Secara keseluruhannya, ia merupakan filem yang amat mengecewakan kerana novelnya merupakan novel yang cemerlang. Saya hanya memberikan rating 4/10.



9 comments:

  1. Syahadat Cinta 2008 (TV Rip)
    http://rapidshare.com/fils/264404176/Syahadat.Cinta.SDTVRip.XviD-arYzs.part1.rar
    http://rapidshare.com/files/264419186/Syahadat.Cinta.SDTVRip.XviD-arYzs.part2.rar
    http://rapidshare.com/files/264422270/Syahadat.Cinta.SDTVRip.XviD-arYzs.part3.rar
    http://rapidshare.com/files/264422821/Syahadat.Cinta.SDTVRip.XviD-arYzs.part4.rar
    http://rapidshare.com/files/264452696/Syahadat.Cinta.SDTVRip.XviD-arYzs.part5.rar
    http://rapidshare.com/files/264465656/Syahadat.Cinta.SDTVRip.XviD-arYzs.part6.rar
    http://rapidshare.com/files/264470971/Syahadat.Cinta.SDTVRip.XviD-arYzs.part7.rar
    http://rapidshare.com/files/264398151/Syahadat.Cinta.SDTVRip.XviD-arYzs.part8.rar

    Enjoy it!

    ReplyDelete
  2. yang jadi Zainab, mantop!

    ReplyDelete
  3. Mantop macam mana beb??

    ReplyDelete
  4. Ayat2 Cinta..Ketika Cinta Bertasbih..Shahadat Cinta..Pe2pun moga kita semua juga menemui atau dah temui cinta sejati yang diimpikan dan diharapkan.Matlamat kita semuanya sama,iaitu menemui dan menagih CINTA ROBBUL JALIL..
    Cuma,apa yg berbeza ialah cara hidup kita semua..

    ReplyDelete
  5. Cara hidup b'beza pun, tapi mesti pada landasan yang diredhaiNya. Barulah boleh mengecap CINTANYA..

    ReplyDelete
  6. Apabila manusia mencintai Allah, mereka akan mematuhi segala perintahNya tanpa perlu dikawal oleh undang2,diberi ganjaran material @ditakuti dgn hukuman2 lahiriah.sebaliknya, cukup lah dgn kemurkaan Allah sbgai hukuman & kecintaan & rahmatNya sbg ganjjaran. inilah kesan drp hati yg b'tauhid

    ReplyDelete
  7. you can try this out q9c19q1q01 replica gucci bags replica bags paypal q1f70p9t75 click here for more v1e47j9p37 replica louis vuitton replica zara bags d3o52o8t42 7a replica bags wholesale content i1f13h9r83 replica chanel bags ebay

    ReplyDelete