Sunday, January 17, 2010

Filem Islamik


Filem bagaimana yang boleh dikelaskan sebagai 'Filem Islamik'? Adakah Filem Islamik hanya kerana para pelakonnya lengkap bertudung atau berserban? Adakah kerana dialognya disulami dengan ayat -ayat Al Quran atau Hadis Rasulullah SAW? Atau sekadar meminjam latar belakang timur tengah atau memapar kisah dari sirah para Nabi dan Rasul?

Berikut merupakan definisi Filem Islam dari perspektif Dr Mohd Hilmi Abdullah, Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) (merujuk kepada artikel beliau dalam Akhbar Utusan Malaysia 17 Januari 2010 "Kenapa Festival Filem Islam menyepi?") Berikut adalah sedutan daripada artikel beliau:

Apabila membicarakan Islam dalam filem, sudah semestinya aspek yang paling utama ialah persoalan halal dan haram, selain daripada dakwah menyuruh melakukan kebaikan, menjauhkan dan meninggalkan maksiat, mengkritik kezaliman, rasuah, dan kepincangan sosial, dan seruan supaya mendekatkan diri kepada Allah.


Oleh itu, filem yang islamik seharusnya filem yang tidak mengandungi adegan-adegan yang tidak sepatutnya seperti berpelukan antara pelakon lelaki dan wanita, pendedahan aurat yang keterlaluan, penonjolan aktiviti-aktiviti maksiat secara terang-terangan, aksi-aksi ganas yang melampau, dan mengandungi elemen-elemen khurafat dan syirik. Termasuk dalam konteks ini juga ialah filem-filem yang mengandungi unsur-unsur komedi dan lawak jenaka yang kosong, mencarut, membodohkan, dan komedi yang kotor dan jijik.


Filem Bohsia contohnya mempunyai mesej yang amat baik, iaitu mengajak kaum remaja khususnya supaya menjauhkan aktiviti lumba haram, penagihan dadah, pelacuran, dan gejala-gejala sosial lain yang tidak sihat. Namun filem ini tidak boleh dianggap bersifat islamik kerana turut menonjolkan aktiviti lumba haram secara yang keterlaluan, penampilan pelakon wanitanya dengan pakaian yang sangat menjolok mata, interaksi antara pelakon lelaki dan wanita yang tidak menepati hukum syarak, dan banyak lagi yang tidak perlu dijelaskan di sini.

Lalu, ramai juga yang bertanya, kalau itu tidak boleh dan ini tidak boleh, macam mana nak buat filem? Takkan semua filem mesti berunsurkan dakwah seperti Syukur 21 dan Ayat-Ayat Cinta? Kalau begini, industri filem kita akan menjadi malap? Macam mana pelakon, pengarah, dan penggiat filem nak cari makan? Dan seribu satu lagi persoalan yang lebih bersifat pesimistik, curiga, dan menampakkan ketidakyakinan mereka untuk mengubah wajah filem kita sekarang ini. Malah, soalan-soalan yang dikemukakan kadang-kadang boleh membawa kepada keingkaran terhadap hukum Allah dan penolakan agama dalam filem.

Justeru pada hemat saya, hendaklah ada satu kecenderungan di kalangan 'orang -orang agama' peka mengenai situasi ini dan tidak memandang terlalu negatif dunia perfileman. Saya bukan hendak mengajak ustaz -ustaz untuk rajin -rajin menonton filem atau menceburi dunia perfileman, tetapi kita hendaklah menjelaskan filem bagaimana yang hukumnya harus atau haram, filem bagaimana yang boleh membina atau meruntuhkan ketamadunan. Input dan sokongan para alim ulama amat diperlukan dalam bidang ini.

6 comments:

  1. Satu saranan yg bagus oleh Mr Dulang & rasa2nya boleh diketengahkan.So,para ustaz perlu bukakan mata and minda luas2.Jangan asyik m'hukum itu salah,ini salah je..(jgn marah ye pak2 ustaz.just nak lontarkan idea saja).Kita mesti jadikan imej Islam sentiasa yang terbaik dan mudah di dekati ramai.
    Saya agak tertarik dengan industri perfileman di Iran (if xsilap lah).Dr pengamatan saya lah,diorang ni masih mengekalkan cara hidup Islam.Dgn maksud walaupun dlm lakonan, aurat terjaga,xb'sentuhan walaupun adegan suami isteri and so on lah.Kalau xsalah lah,ada filem diorang ni berjaya dpt award di peringkat antarabangsa.Tapi industri filem negara kita??lu fikirla sendiri..(pinjam kjap ye bro Nabil)
    Teringat pulak saya pada 1 drama tempatan yg dilakonkan oleh Wardina dan Faizal Hussein pd suatu ketika dulu. Watak yang dipegang ialah suami isteri.Tapi tahniah lah sbb berpegang pada nilai2 Islam iaitu tutup aurat x bersentuhan dsgnya..
    Kesimpulannya, bukan xboleh buat,cuma xmau buat saja

    ok tkasih.
    "HIDUP MATIKU ADALAH UNTUK ISLAM"

    ReplyDelete
  2. Senario di Indonesia berbeza sikit dgn di Malaysia. Ulama dan artis yg mmpunyai asas agama yg baik bgiat dlm perfileman /drama. Hasil kerja dan peranan mereka diiktiraf dlm arus perdana.

    Klu nk dibandingkan, sama spt ketika Raihan mula2 mendapat perhatian dlm dunia muzik Malaysia 90an dulu. Sbb itu ketika ini, cerita bertema Islam semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat di sana (mungkin juga bersifat trend semasa)

    Di Malaysia pun, sy yakin pembikin filem pasti ada yg mengambil nasihat alim ulama dlm perancangan filem mereka. Cumanya, nama2 alim ulama ni tidak di'highlight'kan dan peranan mereka hanya 'menasihat', bknnya terlibat secara langsung.

    ReplyDelete
  3. Tidak dinafikan memang sesetengah pembikin filem merujuk alim ulama.Tapi boleh dibilang dengan jari. Sesetengah pembikin filem Malaysia berdasar p'amatan sayalah..diorang ni lebih utamakan keuntungan semata-mata.(tidak semualah)
    Bagi mereka pembikinan filem yg dibuat adalah mengikut permintaan masyarakat.Kalau tidak ada permintaan,so tiadalah penawarannya.
    Bagi saya, filem Islamik boleh diterbitkan dengan syarat ada saluran khas TV Islam.Maksudnya di sini para penggiat filem dakwah boleh menyalur terus karya mereka ke saluran tersebut. Kita lihat sahajalah muzik nasyid di Malaysia.Saluran yg serius membuka ruang adalah radio Islam yang ada iaitu ikim.fm.Kalau saluran lain,mintak maaf lah.Just waktu dekat2 azan solat saja dimainkan.Pada waktu2 lain,kurang mendapat ruang dan peluang.
    Saya rasa, Malaysia juga mempunyai p'karya seni yang baik.Contohnya saudara Faizal Tehrani antara golongan yg boleh diketengahkan.Banyak jugak cerita drp novel beliau yg boleh diadaptasikan dlm bentuk filem atau drama.Cuma, persoalannya di sini ialah siapa yg berani untuk melabur sahaja.

    Syukran jazilan..

    ReplyDelete