Monday, December 21, 2009

Ketika Cinta Bertasbih

Filem ini telah mula ditayangkan di Indonesia Julai lalu. Ia merupakan filem kedua yang diinspirasikan dari novel Habiburrahman El-Shirazy (Kang Abik) selepas novel Ayat -Ayat Cinta (AAC) . Namun setelah hampir setengah tahun, aku menunggu dan terus menunggu kedatangan filem ini ke Malaysia. Penantian tidak berakhir, samada dalam bentuk DVD /VCD atau tayangan di pawagam. Justeru, memuatturunnya dari internet adalah pilihan yang ada (Maaf ya Kang Abik, aku tidak berniat menyokong pirasi!).
Berikut adalah download link nya (Rapidshare 800mb):

Link was removed due to copyright issue.


Novel Ketika Cinta Bertasbih (KCB) merupakan hasil kerja yang baik dari Kang Abik. Walaupun mungkin tidak secemerlang novel AAC. Filem AAC pula menurutku adalah filem yang gagal atau lebih adil, filem yang gagal memenuhi ekspektasiku. Justeru, Kang Abik mengambil langkah untuk terlibat secara langsung dalam pembikinan filem KBC. Wajah -wajah baru disandarkan dan scene sebenar di Al Azhar diberi penekanan.

KCB mengisahkan Azzam pelajar Al Azhar yang terpaksa menghabiskan 9 tahun untuk menyudahkan pengajiaan Sarjana Mudanya. Dia terpaksa berbuat demikian kerana bekerja separuh masa sebagai pengusaha tempe dan bakso bagi menampung kewangan pengajiannya. Di sana, beliau berkenalan dengan Eliana (gambar cewek berjilbab atas kiri), seorang gadis moden, berpendidikan barat dan kemudiannya pelakon Sinetron. Juga mengisahkan penglibatan Azzam dengan cinta 4 segi bersama Eliana, Furqan (rakan karib Azzam) dan juga watak utama yang lain, Anna. Anna merupakan puteri kiai lulusan Al Azhar yang menjadi rebutan ramai pria. Juga kisah adik Azzam, Husna yang merintis kehidupan sebagai seorang penulis muda.

Rebiu filem ini akan aku sediakan usai menontonnya! Yang aku pasti buat masa ini, Eliana (Alice Sofie Norin) yang paling hot! (hanyalah jika bertudung)

7 comments:

  1. TQ Mr Dulang cz syer..Filem KCB memang best..boleh bg 7/10.Kisah cinta yg dipaparkan m'ikut syari'at..Sekali tengok rasa2nya nk tengok lagi.xsabar rasanya nak tonton KCB 2 plak.KCB 1 berakhir kat airport.mayb sambungan cerita kat Indon kot.Kalu mr dulang ada smbungan,blh ler syer sama..
    Watak Azzam memang hebat..Seorng yg b'pegang kuat pd agama,rajin,tabah,b'tanggungjawab & kkdang timbul fe'el lucunya..rasanya xjemu jgk bila menonton.Pelakon2nya b'jaya b'komunikasi ikut lahjah arab yg baik..Tahniah buat produksi filem KCB sbb b'jaya cari pelakon2 hebat walaupun bakat2 baru..

    ReplyDelete
  2. Kekuatan KCB 1:
    >jln cerita yg mantap.
    >mengikut syariat & byk pengajaran.
    >penggunaan bhs yg sesuai, bila perlu bbhasa Arab, Indonesia, atau English.
    >scene di Mesir yg asli.

    ReplyDelete
  3. Kelemahan KCB 1:
    >Pelakon yg 'amatur'. Tiada yg betul2 menyerlah, kecuali Watak Azzam dan pelakon yg sedia establish.
    >kompleksiti berlaku apabila Filem cuba memuatkan plot2 (yg mungkin xperlu) dlm Novel. sy fikir rmi penonton yg xmbaca novel akan sedikit hilang tumpuan krn byk plot tgantung tanpa tahu hujung pangkal.
    >permulaan yg lemah, ttpi semakin baik apabila tiba di penghujung Filem.

    ReplyDelete