Apabila Mohd Najib menaiki takhta sebagai Perdana Menteri (Menteri Perdana?) yang ke 6 Malaysia, beliau telah memperkenalkan konsep 1Malaysia. Logo, lagu, slogan dan salam 1Malaysia berada di mana -mana. Bank, klinik, sekolah dan iklan korporat turut meminjam istilah tersebut. Wujud juga istilah baru seperti 1Rantau, 1Dunia, 1Belia, 1Sabah dan sebagainya.
Penulis tidak berminat mengulas mengenai konsep 1Malaysia kerana ia akan berbunyi terlalu klise dan retorik. Boleh dikatakan semua orang faham mengenai konsep tersebut walaupun jelas orang Melayu faham dengan pemahaman yang berbeza dengan sebagaimana orang bukan Melayu memahaminya. Dan agaknya, penulis pun memahaminya dengan pemahaman yang berbeza berbanding orang lain. Justeru, penulis hanya memfokuskan 1perkara yang mungkin berkaitan:
Antara perkara pertama yang penulis terfikir bila mendengar '1Malaysia', PM kita telah berjaya mengubah piawai ejaan Bahasa Melayu (BM). Adakah ketika ini Guru BM akan membenarkan perkataan '1Malaysia' digunakan dalam karangan pelajar? Bagaimana pula dengan istilah '1Rantau', '1Dunia', '1Belia', '1Sabah'? Bagaimana pula dengan perkataan '1Perkara' yang penulis gunakan di sini? Adakah pengecualian akan diberikan, walaupun salah dari segi piawai bahasa, atas alasan ia sudah menjadi kata nama khas yang telah digunakan secara meluas (seperti istilah Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana).
Penulis sebenarnya telah lama menggunakan cara mengeja dan menulis sedemikian, tetapi hanyalah di dalam SMS atau mel elektronik. Ini hanya kerana penulis ingin memaksimakan ruang aksara yang terhad atau malas menaip sebenarnya.
Mungkin perkara ini terlalu mikro dan remeh, hanya penulis sahaja yang mengendahkannya. Untuk rekod, Dewan Bahasa dan Pustaka mengejanya dengan '1 Malaysia' (dijarakkan), merujuk pada laman web mereka http://www.dbp.gov.my/. Cadangan penulis, ikutlah DBP.

Ape2 pun,Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia tetap kita pelihara..Jadi sokonglah usaha MBMMBI-Memantapkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris(rasa2nya betul la kot istilah penuhnya nie).BM tetap nombor satu tapi BI bukan nombor 2.kesimpulannya,sama2 penting lah..
ReplyDelete