Thursday, December 17, 2009

Bah Kut Teh Halal?

KUALA LUMPUR-- Makanan kegemaran masyarakat Cina, Bak Kut Teh, yang pertama kalinya disediakan dengan menggunakan resepi halal boleh dinikmati di karnival "Fabulous Food 1Malaysia" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 18 hingga 20 Dis ini.

Ia akan disediakan oleh chef eksekutif Hotel J W Marriot di sini, Zaffar Abdul Samad untuk 300 pelanggan setiap hari, kata Eileen Chew, pengarah projek dan perhubungan awam Expomal International yang menganjurkan karnival itu bersama-sama Pelancongan Malaysia.


"Seperti makanan tradisi masyarakat Melayu iaitu nasi lemak yang boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia, kami juga mahukan makanan tradisi popular masyarakat Cina ini mampu dirasai oleh kaum lain," katanya.


Hidangan halal itu akan menggunakan ayam, makanan laut dan sayur-sayuran yang akan dimasak dengan 10 jenis herba seperti anjalika, bunga cengkih dan kulit oren.


Sumber: BERNAMA

Dari segi bahasanya,
Bah = Daging; Kut = Tulang; Teh = Teh /tea

Islam agama yang melangkaui ras keturunan dan budaya. Apa sahaja praktis budaya, asalkan berlandaskan syarak dan tidak ada nas melarangnya, semuanya dibenarkan. Pihak pengurusan J W Marriot memberi jaminan bahawa segala bahan masakan dan peralatan masakan melepasi spesifikasi halal yang ketat, di samping disediakan oleh tukang masak muslim.

Namun realitinya (seperti yang dimaklumkan oleh teman -teman kaum Tiong Hua), hidangan Bah Kut Teh yang popular dan lazim di negara ini menggunakan daging, tulang dan organ dalaman khinzir.

Mungkin yang dihidangkan pada karnival tersebut 100% halal (bahan utama digantikan dengan ayam). Tetapi penulis sama sekali tidak mencadangkannya, kerana berdasarkan Hadis SAW "Tinggallah barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau" Riwayat Tirmizi dan Nasa'i.

No comments:

Post a Comment