Baru selesai menonton Drama Jepun 'Mr Brain'. Pada mulanya aku memuat turun menggunakan torrent, tetapi semakin lama semakin perlahan dan nampak tidak berkesudahan. Mujur abang sulung ku mempunyai set DVDnya.
Jalan cerita yang menarik, boleh dikatakan CSI Tokyo, tetapi jauh lebih maju daripada teknologi yang dimiliki oleh pasukan CSI US (Vegas, Miami dan New York). Bayangkan teknologi CCTVnya, boleh mengimbas cap jari anda! (jika jari anda kelihatan pada skrin CCTV).
Mengisahkan Tsukumo Ryusuke (Takuya Kimura) yang bertugas di National Research Institute of Police Science. Beliau merupakan seorang saintis neuro yang mempunyai karekter yang sangat menarik. Beliau pakar dalam bidangnya, tetapi seorang yang naif dan tidak mampu membaca situasi emosi di persekitarannya. Kimura berjaya memberikan persembahan yang baik tetapi masih rendah daripada ekspektasi aku. Watak wanita utama disandang oleh Ayase Haruka (gambar kiri). Wajahnya yang comel menampung persembahannya yang sederhana.
Dicadangkan untuk mereka yang inginkan kelainan dan mengharap sesuatu kejutan dalam jalan cerita. Keseluruhannya aku menilai 7/10.

No comments:
Post a Comment