Sunday, December 13, 2009

Kerja -kerja Sukarela

  • Berapa ramai daripada kita yang menganggap kerja -kerja sukarela penting?
  • Berapa ramai daripada kita yang terlibat dengan kerja -kerja sukarela?
  • Berapa ramai daripada kita yang menyokong dan mengajak orang lain menyertai kerja -kerja sukarela?
'Kerja -kerja sukarela' yang penulis maksudkan di sini adalah kerja tanpa bergaji (mungkin dengan sedikit elaun atau tiada langsung), di persatuan /pertubuhan /organisasi yang objektifnya memberi khidmat kepada masyarakat. Tanpa mengira ada jawatan atau pun tidak.


Mungkin menjadi sebahagian daripada AJK Masjid, anggota parti politik (bukan kerana ingin mencari kelebihan politik dalam mencari peluang perniagaan), NGO, aktiviti belia, sukan dan sebagainya.

Kelebihan menyertai kerja -kerja sukarela:
  • Berpeluang belajar hidup bermasyarakat, mengenali jiran setempat dan rakan -rakan baru.
  • Berpeluang belajar kemahiran baru dan memperolehi pengalaman baru.
  • Berpeluang membantu golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan.
  • Mengurangkan sikap mengutamakan diri sendiri dan keluarga sendiri sahaja.
  • Mengisi masa terluang dengan perkara berfaedah.
  • Sebagai ibadah bagi yang Muslim.
Alasan sibuk berkerjaya dan berkeluarga merupakan alasan yang biasa diberikan. Mereka fikir itu adalah prioriti tertinggi bagi mereka. Betul, tetapi mereka harus ingat bahawa masyarakat kita tidak akan berfungsi dengan baik sekiranya kerja -kerja sukarela dipandang enteng.

Ambil contoh, pengurusan Masjid. Rumah -rumah Allah akan terbiar sekiranya tidak wujud golongan yang ringan tangan tampil membantu. Mungkin di bandar -bandar besar ada menggaji Pegawai Masjid dan menyerahkan urusan pembersihan /penyelenggaraan kepada kontraktor. Tetapi bukan semua Masjid mempunyai kantung yang utuh dan berkemampuan. Bagaimana pula dengan masalah sosial di dalam masyarakat kita? Jika diserahkan bulat -bulat kepada pihak berkuasa, selamanya tidak akan selesai. Jika kita menyumbang secara individu (menegur secara individu), mungkin kita tidak begitu berani dan kesannya pun amat mikro. Jika kita ada platform, mungkin kerja -kerja menegur (melalui program, kempen, risalah dan sebagainya) akan berjalan lebih baik.

Dan penulis mengenali ramai individu yang komited dengan kerja -kerja sukarela (terutama apa yang dipanggil dengan istilah sebagai kerja -kerja Islam, kerja -kerja jamaah dan kerja -kerja dakwah), mereka ini mempunyai kerjaya yang baik, keluarga yang besar tetapi masih memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi. Kalaulah ada 50% golongan seperti ini di kalangan masyarakat Melayu Islam di negara ini, penulis percaya negara Malaysia ini akan berubah wajah sekelip mata menjadi Negara Islam yang maju dan makmur.

Apa yang ditulis di sini hanyalah sekelumit daripada apa yang mampu diulas dan difikirkan oleh penulis. Justeru penulis menyeru kepada sesiapa yang terbaca tulisan ini agar kita sama -sama memberi ruang masa, sumbangan kewangan serta meringankan tangan membantu kerja -kerja sukarela. Tidak dapat membantu banyak, bantulah sedikit. Kalau tidak dapat membantu sedikit pun, hulurlah kerjasama dan sokongan.

1 comment:

  1. Terdetik jugak hati ni untuk buat kerja2 sukarela.Kekadang bukan xnak buat tapi timbul perasaan malu,segan and bla bla bla..(ruginya umat Islam kalau ada segelintir macam ni)..Kaum & agama lain sering berusaha utk mantapkan entiti mereka.Tapi kita bagaimana?Satu persoalan yg perlu dijawab di benak fikiran masing-masing.Terima kasih Mr Dulang sbb m'coret muhasabah berguna buat tatapan para p'baca yang mungkin tidak tahu,buat2 xtahu,malas ambil tahu and so on lah..Moga pada tahun baru 1431H ini,kita sama2 tingkatkan azam utk mantapkan kerja2 sukarela kita demi Dinul Islam yg tercinta.Sama2 lah kita hayati tema Maal Hijrah tahun ini iaitu "Memantapkan Ukhuwah,Memperkasakan Ummah".Sejajar dengan tema yang diwar-warkan,agama Islam khususnya di negara kita Malaysia didoakan akan berdiri megah dan terpelihara hingga ke akhirnya.Moga2 kerja2 sukarela kita akan lebih mantap melalui ukhwah yg terbina dan ummah akan lebih kukuh lagi utuh.

    ReplyDelete