Pada jam 1 pagi semalam, sesudah perlawanan Chelsea dan Everton, aku fikir ini bakal jadi minggu yang baik untuk penyokong United. Bukan mudah untuk melihat The Blues kehilangan mata di gelanggang sendiri, apatah lagi menentang pasukan yang kehilangan hampir separuh pemain utama. Kemenangan ke atas Villa akan menjadikan United sama mata dengan Chelsea. Tambahan pula, aku akan dapat menikmati perlawanan Liverpool-Arsenal dengan lebih tenang dan apa -apa keputusan daripada perlawanan itu bakal membuatkan aku tersenyum.
Namun, United gagal mengambil peluang keemasan yang terhidang. Beraksi di Old Trafford dan kembalinya 2 pemain pertahanan tengah, Vidic dan Brown, gagal membantu United. Owen dan Berbatov bermula di bangku simpanan. Tiada tempat lagi untuk Nani.
Pujian harus diberikan kepada pasukan Villa kerana mereka memulakan pertarungan dengan barisan yang membayangkan niat mereka untuk menyerang seawalnya. Agbonlahor, Heskey, A.Young, Milner dan Downing di hadapan. Menggambarkan corak positif dan menyerang kerana barisan pertahanan United dilanda pelbagai masalah kecederaan ketika ini. Agbonlahor mencuri gol kemenangan dan sepanjang separuh masa kedua, mereka berkubu dengan cemerlang di kawasan sendiri. Jadi 3 mata yang diperolehi memang berhak untuk mereka.
Untuk memujuk kekecewaan diriku, "Musim masih panjang dan 3 mata adalah perbezaan yang sangat kecil", dan difikirkan United 5 mata di belakang 2 minggu yang lalu. Diharapkan Sir Alex dan barisan pemain dapat memberikan reaksi positif dan menjadikan perlawanan selasa ini menentang Wolves sebagai pengubat kekecewaan.
No comments:
Post a Comment