Isu Kerajaan Negeri Selangor mengambil keputusan melarang kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri ini daripada mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta merta. Langkah itu diambil kerana kursus tersebut didakwa sebagai proses doktrinisasi oleh Barisan Nasional (BN) hingga mencetuskan fenomena perkauman. Langkah ini turut dituruti oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Penulis pernah menyertai BTN pada tahun 1998 di Ayer Keroh sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti. Dari pengalaman penulis dan perkongsian pengalaman dengan rakan -rakan, tiada masalah dari segi modulnya. Cuma yang bermasalah, penceramah ataupun fasilitatornya. Bukan semua, tetapi ada sesetengah daripada mereka mempunyai sentimen anti pembangkang dan perkauman yang kuat. Dan ia diluah atau terlepas cakap dalam sesi ceramah atau LDK.
Namun, penulis mengakui bahawa pengalaman menyertainya sekali tidak boleh dijadikan kesimpulan yang tepat dan kukuh. Penulis sama sekali tidak menyokong 'pengharaman' ini, tetapi faham mengapa kerajaan negeri mengambil langkah sedemikian. Diharapkan mereka mampu menyediakan program dan modul alternatif, bagi menggantikan program BTN itu. Mereka telah mewar -warkan program SPIES, tetapi penulis masih belum mendapat gambaran jelas mengenainya.
Pendirian penulis sama seperti ketika PM kita yg ke 5 melancarkan konsep Islam Hadhari. Walaupun penulis tidak bersetuju dengan konsep tersebut, adalah tidak wajar 'mengharamkan' atau menghalang penganjurannya. Biarlah masyarakat diberi peluang untuk menilai dan memilih sekiranya ada alternatif.

No comments:
Post a Comment