Drama Jepun ini telah aku tonton kira -kira setahun yang lalu. Aku telah menontonnya sekali lagi dan mendapati ianya sesuai untuk ditonton oleh semua ahli politik dalam kekalutan politik di Malaysia pada hari ini.
Ia mengisahkan Asakura Keita (Takuya Kimura), seorang guru tadika, yang terpaksa menjadi calon pilihanraya bidan terjun, ekoran kematian mengejut bapanya dan abangnya (yang sepatutnya menjadi pengganti bapanya). Beliau tidak mempunyai minat dan pengalaman dalam bidang politik, namun menerima tanggungjawab tersebut ekoran desakan ibunya.
Beliau menang tipis pada pilihanraya tersebut dan menjadi ahli parlimen. Beliau menyesuaikan diri dengan amanah tersebut walaupun naif dalam bidang tersebut. Seterusnya, beliau dipergunakan dan secara tidak sengaja terjebak dengan permainan politik kotor seorang pemimpin berpengaruh parti pemerintah.
Ikuti bagaimana beliau menangani amanah rakyat dengan mengenepikan idea kepartian dan tulus ikhlas dalam tugasnya tanpa terpengaruh dengan kepentingan politik.
Penilaian aku untuk drama ini 8/10.
Rasa2nya xp'nah tengok lagi cerita nie..ape2 pn TQ to Mr Dulang cz sudi syer sinopsis cerita nie buat tatapan para p'baca..mg cerita yg dipaparkan m'jdi teladan buat kita semua sebagai pemimpin/Umarak..bkn shj dlm ssbuah organisasi yg besar malah diri kita sndiri..di mana kita sebagai pemegang amanah m'jdi khalifah utk m'imarahkan bumi Allah ini..Dlm konteks kepemimpinan Malaysia pulak,mg watak yg dibawa serba sedikit dpt dijadikan pnduan buat semua yg b'gelar umarak..Slogan AMANAH DIDAHULUKAN, KEADILAN DIUTAMAKAN..Rasanya sesuai dijadikan panduan buat para umarak..(cedok skit la kot slogan PM ksyangan)..
ReplyDeleteSabda Rasulullah SAW yg b'maksud:"Ada 2 golongan manusia, jika baik kedua-duanya, baiklah manusia dan apabila kedua-duanya rosak, rosaklah manusia, iaitu ulama dan para pemimpin."..maksud hadis t'sebut merupakan antara saranan Rasul SAW bhw bg mewujudkan sebuah negara yg sentiasa dirahmati Allah, iaitu "Baldatun Thoiyyibatun Warobbul Ghofur..." Aminn ya Robbal 'Alamin..gabungan peranan yg dimainkan oleh para umarak n ulamak adalah antara elemen penting dlm p'tdbiran.Kedua-duanya saling p'lu mmerlukan bagai isi dgn kuku..
Sebagai rakyat, seharusnya kta terus m'doakan agar 2 golongan ini diberi taufik n hidayah utk memimpin dan mentarbiah.Baik ulamak,baiklah pemerintah dan baik pulalah rakyat..ok syukran..