Ketika tulisan ini ditaip, Teater Natrah sedang dipentaskan di Istana Budaya. Penulis ingin mencadangkan medium alternatif lain untuk mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai kisah Natrah /Nadra / Maria Hertogh. Novel epik sejarah ini hasil tulisan Isa Kamari. Penulis yang telah memenangi pelbagai anugerah, antaranya yang terkini, Anugerah Tun Sri Lanang 2009.
'Atas Nama Cinta' berdasarkan fakta sejarah, menyelusuri kisah hidup Natrah (1937-2009) di Jawa, Terengganu, Singapura dan Belanda. Novel sejarah biasanya membosankan, tetapi Isa telah berjaya mempersembahkan kisah tragik ini dengan santai dan tersusun. (Novel ini diterbitkan sebelum Natrah meninggal dunia)
Kisah Natrah memberi banyak pengajaran kepada kita. Natrah menjadi rebutan antara 2 keluarga, 2 negara dan 2 agama. Perbicaraan kesnya di Singapura telah menjentik sentimen umat Melayu Islam di sana pada ketika itu sehingga mencetuskan rusuhan yang dahsyat. Namun realitinya pada hari ini, ramai anak -anak Islam telah keluar Islam dengan sukarela, ataupun dipaksa oleh suasana. Adakah sentimen kita sama seperti generasi terdahulu?
Nota:
- Bacaan kisah Natrah di Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Natrah
- Versi Bahasa Inggeris menggunakan judul 'Nadra'
- Terdapat sebuah novel yang menggunakan judul yang sama 'Atas Nama Cinta' (Tulisan Wahyu Sujani, terbitan PTS). Namun ia yang tiada kaitan dengan kisah Natrah.
rasa2nya ramai jgk yg pergi tengok pementasan Natrah tu..tp penonton bukan tertarik pada jalan ceritanya..tp tertarik pada ADAM-Remy Ishak tu lah(hero NUR KASIH),maya karin n bla bla bla..Pandangan drp mata kasar aku lah ni.Kalau salah jangan marah..hehehe
ReplyDelete