Setelah menjadi pembaca setia beberapa blog sekian lama, samada tokoh terkenal, selebriti ataupun rakan -rakan, hari ini aku memutuskan untuk mula menulis blog aku tersendiri. 13 Disember 2009 - tarikh ini ini tiada makna yang istimewa selain daripada aku memulakan blog aku tersendiri. Yang jelas aku 'ketinggalan keretapi' kerana budaya atau trend 'memblog' ini telah lama jadi amalan dan ikutan, mungkin sejak 5 tahun yang lalu. Jadi bunyinya agak janggal bagi aku lulusan Sains Komputer ketinggalan dalam soal ini. Mungkin kerana aku bukan jenis pengikut trend, aku memblog bukan kerana orang lain memblog, tetapi aku memblog hanya kerana aku memang ingin memblog.
Banyak perkara, pendapat dan idea yang aku ingin luahkan terhadap isu semasa, politik, sukan, agama, hiburan dan sebagainya. Mungkin tulisan -tulisan aku tidak akan mempunyai pembaca. Tidak mengapalah, kerana aku bukan sesiapa. Tapi setidak -tidaknya apa yang aku rasa, fikir dan alami didokumentasikan setiap hari. Ibarat sebuah diari, boleh disemak dan diimbau pada masa -masa akan datang.
Cerita yang menarik perhatian aku di surat khabar hari ini, KPI Menteri Kabinet akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, tragedi kematian seorang pengantin baru yang baru sahaja bernikah 4 jam, Sultan Selangor menegur Menteri Besar Selangor, pujian dan harapan baru kepada Skuad Bolasepak Sukan SEA yang layak ke separuh akhir setelah menewaskan Thailand 2-1 (Menteri Belia dan Sukan 'mengarahkan' mereka membawa pulang pingat emas). Berita sampingan seperti perkahwinan kembar Ekin, ulasan Menteri di JPM mengenai kenaikan mas kahwin di Selangor, dan sebagainya.
Diharapkan ini bukan tulisan pertama dan terakhir. Resam dunia blog atau laman web peribadi, pemblog itu akan mudah jemu dan tidak konsisten untuk menulis. Mungkin tiada masa, hilang minat ataupun tiada idea baru. "Hangat -hangat tahi ayam" orang tua kata. Justeru, aku berharap Allah akan memberikan aku ruang, masa dan idea untuk menulis. Walaupun manaafaatnya mungkin teramat kecil, tetapi itu lebih baik daripada tidak berbuat apa -apa, membiar apa yang terbuku di fikiran hilang dimamah masa.
Sekian, untuk coretan pertama.

Selamat memblog lah sedara..
ReplyDeletekalau dah "tertinggal keretapi",xpe..xde masalah punyer..ERL,LRT,MONORAIL kan ader..hehehe