Bila melihat senarai kesebelasan utama kedua -dua pasukan, aku yakin United bukan berpeluang sahaja untuk menang, tapi menang besar untuk memperbaiki perbezaan gol. Wolves membuat 10 pertukaran pemain dari perlawanan sebelumnya dan boleh dikatakan mereka bermain dengan pasukan simpanan mereka. Namun United terpaksa mengambil 30 minit sebelum memecah kebuntuan menerusi sepakan penalti Rooney. Tandukan Vidic pula menjadikan United selesa 2-0 sebelum separuh masa.
Di separuh masa kedua, perlawanan menjadi agak hambar dan perlahan. Valencia berjaya menambah 1 gol lagi hasil bantuan menarik Berbatov. Pada minit ke 60, Sir Alex membuat keputusan membawa keluar Vidic dengan menggantikannya dengan Fletcher, mungkin untuk menyimpannya bagi perlawanan seterusnya memandangkan krisis kecederaan pemain pertahanan ketika ini (di website ManUtd.com, Sir Alex mengatakan Vidic mengalami calf strain). Rooney dan Obertan turut digantikan dengan Owen dan Welbeck.
Keseluruhannya, keputusan yang baik untuk United, 3 mata berharga dan berjaya mengikat mata dengan Chelsea sebelum pesaing utama itu turun esok pagi. Dari segi persembahan, ianya sederhana sahaja dan boleh diperbaiki lagi kerana jelas aku mengharapkan lebih banyak gol lagi.
Glory Glory Man Utd!

No comments:
Post a Comment