Sambutan peserta pada hari kedua (24 Disember 2009) Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam di Malaysia agak kurang memberansangkan. Hanya kira -kira 1/3 orang masih memberikan komitmen daripada hari semalam.
Pada hari ini, terdapat 9 kertas kerja dibentangkan dan dibahagikan kepada 3 sesi.
Sesi Pagi :Undang -undang Islam dan Masyarakat Bukan Islam
Sesi Tengahari :Orang Bukan Islam di Negara Orang Islam
Sesi Petang :Ekonomi, Sosial dan Budaya Masyarakat Bukan Islam
Pada hari ini, terdapat 9 kertas kerja dibentangkan dan dibahagikan kepada 3 sesi.
Sesi Pagi :Undang -undang Islam dan Masyarakat Bukan Islam
Sesi Tengahari :Orang Bukan Islam di Negara Orang Islam
Sesi Petang :Ekonomi, Sosial dan Budaya Masyarakat Bukan Islam
Antara tajuk kertas kerja yang menarik perhatian saya adalah Perayaan Bukan Islam Dalam Sebuah Negara Islam pada Sesi Petang. Ini adalah kerana tajuk -tajuk lain berkait rapat dengan aspek undang -undang, pentadbiran dan perbendaharaan negara, di mana saya tidak terlibat secara langsung.
Kertas kerja Perayaan Bukan Islam Dalam Sebuah Negara Islam telah dibentangkan oleh Dr Basri Ibrahim (Universiti Darul Iman). Antara isi -isi pentingnya adalah:
Beliau membahagikan perayaan bukan Islam kepada 2:
Kertas kerja Perayaan Bukan Islam Dalam Sebuah Negara Islam telah dibentangkan oleh Dr Basri Ibrahim (Universiti Darul Iman). Antara isi -isi pentingnya adalah:
Beliau membahagikan perayaan bukan Islam kepada 2:
- Perayaan berbentuk keagamaan (Contoh: Hari Krismas, Wesak, Deepavali, Thaipusam, Pesta Keamatan)
- Perayaan bukan berbentuk keagamaan (Contoh: Hari Gawai, Tahun Baru Cina, Perayaan Hantu)
Hukum -hukum penglibatan umat Islam dalam perayaan berbentuk keagamaan dalam konteks Malaysia:
- Merayakan bersama: Kebanyakan Ulama bersepakat adalah haram kita turut serta meraikannya. Contohnya, menghadiri gereja (Krismas), menghadiri kuil (Wesak), memakai pakaian yang berkaitan (contoh pakaian Santa Clause), menyalakan pelita (Deepavali), menyanyikan lagu -lagu gereja dan sebagainya.
- Menghadiri rumah terbuka: Di dalam konteks Malaysia, ia diharuskan kerana rumah terbuka dianggap budaya setempat dan diamalkan oleh semua tanpa mengira kaum dan agama. Dengan syarat tambahan, makanan yang disediakan diyakini halal, tidak menyertai ritual berkaitan agama dan perayaan tersebut, dan bukan diadakan di rumah ibadat.
- Mengucapkan tahniah (contoh Merry Christmas, Selamat Hari Deepavali): Pendapat terbahagi kepada dua, samada haram atau harus. Antara yang meletakkan hukumnya haram, Sheikh Husam al Din Afanah dan Sheikh Muhammad Uthaymin. Manakala Sheikh Yusuf Al Qardhawi pula meletakkan hukumnya harus, asalkan tidak mengungkap atau menonjol ucapan atau lambang agama tersebut. Contohnya memetik ayat -ayat Bible, menghantar kad ucapan yang mengandungi gambar tuhan, salib dan sebagainya. Kedua -dua pendapat ini mempunyai hujah yang kukuh dan saya secara bersetuju dengan pendapat kedua (harus)
Galeri:
Sidang Petang membariskan (dari kiri) Dr Md Nor Manuty, Dr Hailani Muji Tahir dan Dr Basri Ibrahim.
Sebahagian Urusetia penganjur (Saya dah balik la pulak..)
Syukran jazilan to Mr Dulang atas info yg dikongsi.Walaupun x b'kesempatan hadir, sdkit sebanyak info t'sebut boleh dijadikan panduan buat p'baca.Rugi jugak sbb xdapat hadir..Tapi apa nak buat,t'paksa "out station"(Bereskan amanah yg diberi).Ucapan tahniah dirakamkan buat semua ajk pelaksana kerana berjaya menganjurkan program spt ini.Pembentang yg dijemputpn hebat2 belaka.Moga program sebegini dpt lg diteruskan pd masa2 akan datang.
ReplyDeleteyeezy shoes
ReplyDeletebirkin bag
jordan shoes
supreme
kobe 9
lebron shoes
supreme clothing
supreme
balenciaga
supreme outlet