Tuesday, December 29, 2009

Filem Laskar Pelangi


Ada seorang ustaz meminta cadangan daripada saya filem yang baik untuk tontonan seisi keluarga. Saya terfikirkan Laskar Pelangi.


Laskar Pelangi merupakan adaptasi Novel Laskar Pelangi garapan Andrea Hirata. Novel tersebut pada saya bertahap cult dan masterpiece, antara novel kontemporari Indonesia yang paling baik pernah saya baca. Filemnya juga tidak mengecewakan. Hasil arahan Riri Raza (Produser Ada Apa Dengan Cinta?) dan skripnya oleh Salman Aristo (Penulis skrip Ayat Ayat Cinta). Laskar Pelangi ditayangkan di Indonesia September 2008 tetapi tidak ditayangkan di Malaysia. Dikhabarkan dalam masa terdekat ia akan ditayangkan di Astro (saya kurang pasti saluran mana).


Laskar Pelangi mengisahkan sekumpulan 10 orang kanak -kanak yang tabah menuntut ilmu di sebuah sekolah usang di kawasan pedalaman. Sekolah yang serba kekurangan itu diusahakan oleh Ibu Muslimah dan Pak Harfan. Filem berkisar kepada 3 watak utama kanak -kanak, Ikal, Lintang dan Mahar. Masing -masing mempunyai potensi, karekter serta permasalahan tersendiri. (perbezaan di dalam novel, 10 watak kanak -kanak tersebut adalah watak utama)


Secara umumnya, Laskar Pelangi adalah filem perjuangan. Bukan filem kanak -kanak biasa. Isu yang dibawa bukan perkara kecil seperti yang dibawa oleh filem kanak -kanak keluaran karyawan tempatan seperti Brainscan - Aku Dan Topi Ajaib, Tentang Bulan ataupun Mukhsin.


Filem ini mempunyai sekuelnya yang berjudul Sang Pemimpi, baru dan sedang ditayangkan di Indonesia sejak 17 Disember yang lalu. Berikut adalah download link untuk Filem Laskar Pelangi (Megaupload):


Link was removed due to copyright issue.

4 comments:

  1. filem yang baguzz..wajib tonton

    ReplyDelete
  2. Menurut novelis, Nor Suraya:" andrea Hirata telah menyajikan Laskar Pelangi dengan sempurna sekali. Bahasa nya cerdas, jenakanya segar, serta terselit metafora indah; membuat kita tertawa, tersenyum serentak atau menagis pilu bersama-sama watak -wataknya. Plotnya tebal dgn nilai moral dan estetika. Sebuah Karya yg harus d baca dan d nilai dgn mata hati"
    Sambil2 bace novel tu..bleh dgr lagu nyer nyanyian Nidji: Laskar Pelangi ..lagu ni pon sungguh comel nn cute gtu..

    Mimpi adalah kunci
    untuk kita menaklukkan dunia
    berlarilah tanpa lelah
    sampai engkau meraihnya

    Laskar pelangi
    tak kan terikat waktu
    bebaskan mimpimu di angkasa
    warnai bintang di jiwa
    menarilah dan terus tertawa
    walau dunia tak seindah surga
    bersyukurlah pada Yang Kuasa
    cinta kita di dunia
    selamanya…

    cinta kepada hidup
    memberikan senyuman abadi
    walau hidup kadang tak adil
    tapi cinta lengkapi kita

    Laskar pelangi
    tak kan terikat waktu
    jangan berhenti mewarnai
    jutaan mimpi di bumi
    menarilah dan terus tertawa
    walau dunia tak seindah surga
    bersyukurlah pada Yang Kuasa
    cinta kita di dunia

    menarilah dan terus tertawa
    walau dunia tak seindah surga
    bersyukurlah pada Yang Kuasa
    cinta kita di dunia
    selamanya

    ReplyDelete
  3. Teringat aku dgn dialog Pak Harfan,"Ingatlah!Hidup untuk memberi sebanyak-banyaknya dan hidup bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya"

    ReplyDelete
  4. lupa nak letak password: kerenbanget

    ReplyDelete