Monday, December 14, 2009

Pengakhiran Cerita Cinderella


Cinderella and The Prince got married and lived happily ever after. The End.
Itu adalah pengakhiran tipikal cerita klasik Cinderella, semua orang tahu.


Aku cuba menjadi terlebih kreatif di sini, walaupun pengakhiran sesuatu cerita adalah hak mutlak pencerita.
  • Pasangan Cinderella dan Putera Raja mungkin tidak dapat mengatasi perbezaan darjat antara mereka, dan akhirnya mereka bercerai.
  • Raja dan Permaisuri mungkin tidak dapat menerima Cinderella dan tidak merestui perkahwinan mereka. Konspirasi dalam istana menyebabkan Cinderella terbuang dan akhirnya hidup terseksa semula bersama keluarga tirinya.
  • Apabila usia perkahwinan pasangan tersebut semakin meningkat, Putera Raja mulai bosan dengan Cinderella dan mula menjalinkan hubungan sulit. Cinderella kembali terseksa tetapi kali ini di istana pula.
Dan banyak lagi pengakhiran cerita yang mungkin.

Oleh kerana Cinderella cerita dongeng (fairytale), jadi sesuailah kiranya ia berakhir dengan kegembiraan. Semua orang gembira dan berpuas hati. Tetapi, bukankah kehidupan sebenar Cinderella dan Putera Raja itu bermula bilamana cerita klasik itu berakhir?

Apabila sesuatu cerita itu berakhir, cerita selepasnya adalah cerita yang lebih penting.

Itulah kehidupan sebenarnya. Pertimbangkan situasi ini:
  • Sepasang kekasih telah bercinta lebih daripada 10 tahun sejak bangku sekolah lagi. Apabila mereka 'mengakhirinya' dengan perkahwinan, sudah pasti cerita selepas mereka berkahwin lebih penting. Adakah mereka kekal bahagia?
  • Seorang penjenayah telah membunuh sepasang suami isteri dengan kejam dan menyebabkan anak mereka menjadi yatim piatu. Penjenayah itu berjaya ditangkap, dibicara dan dihukum seadilnya. Kes 'berakhir', semua orang gembira dan berpuas hati. Namun cerita yang lebih penting, bagaimana nasib anak yatim piatu tersebut?
  • Dan sebagai muslim, kita percaya mati bukan 'pengakhiran' hidup kita. Cerita dan nasib kita di Alam Barzakh dan Mahkamah Mahsyar selepas itu adalah lebih penting.
Sekali lagi, apabila sesuatu cerita itu berakhir, cerita selepasnya adalah cerita yang lebih penting.

6 comments:

  1. Cerita selepas ini lebih penting...memang betul apa yg dicetuskan penulis..
    Sebagai muslim,kehidupan di sana adalah lebih penting.Sesiapapn xtahu apa nasib di sana.Masing2 m'bawa bekalan amal di dunia yg sementara ini.yg mana lebih berat?baik @ buruk?sukar utk dijawab.hanya Kholiq yg tahu jwpnnya..

    Menanti Esok..
    Esok akan tiba
    Siap siagalah kita untuk berjalan jauh
    Mengembara ke alam kedua
    Melepasi buana nyata
    Simpan kemas dalam diri
    Bekal kita hanya yang ma'ruf
    Hanya itu penawar penat
    Kita pasti kan menjadi pengembara
    Kerana ia sebuah kemestian
    Kita pun melangkah bersendirian
    Sahabat berteman adalah iman.

    Nukilan:
    Wan Marzuki Wan Ramli
    Majalah Solusi (isu 13),ms74

    ReplyDelete
  2. kalau rasa penting sangat, boleh cari video Cinderella 2 dan Cinderella 3 oleh Walt Disney. hahaha

    ReplyDelete
  3. Kalau ada sambungan kisah Cinderella tu, nak la tengok jugak..apa ekk kesudahan ceritanye??huhuhu

    ReplyDelete