Sebenarnya akhir -akhir ini aku telah kurang membaca novel, mungkin baru -baru ini beralih kepada pembacaan bahan yang lebih serius. Namun aku sempat mencuri waktu untuk membaca sebuah novel yang nampak agak unik, Denyut Kasih Medik.
Novel ini merupakan hasil tulisan Dr Farhan Hadi Mohd Taib, seorang doktor perubatan lulusan dari UNIMAS. Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd dan cetakan pertama Februari 2010.
Ia mengisahkan seorang doktor muda yang mendepani pelbagai cabaran dalam baru merintis kerjaya dan kehidupan sehariannya. Ia disulami dengan pelbagai isu berkaitan dengan fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh percintaan.
Keseluruhannya, jalan ceritanya agak sederhana dengan gaya bahasa yang mudah. Namun jelas keistimewaan novel ini adalah dari segi persembahan susun aturnya. Melalui nota kaki /sisi, setiap istilah perubatan diperjelaskan dengan baik dan isu berkaitan fiqh disokong dengan dalil yang mantap. Ia cukup membantu sekiranya kita bukannya arif tentang bidang perubatan mahupun agama. Perkara yang kompleks dihuraikan dengan begitu cantik dan santai.
Lagi -lagi ia dikarang oleh penulis yang memang ahli dalam bidang tersebut, jadi hujahnya nampak begitu mampan. Seolah -olah membaca novel kontemporari yang disisip dengan jurnal perubatan Islam.
Tahniah kepada penulis. Sangat dicadangkan untuk golongan remaja dan pelajar.

No comments:
Post a Comment