Sunday, October 24, 2010

Peristiwa Menarik Semalam


Semalam aku menghadiri majlis pernikahan seorang saudara di sebuah masjid. Sebenarnya ia cuma majlis pernikahan masyarakat kita yang tipikal, dilangsungkan di masjid, usai solat Asar, berwali hakim, dan sebagainya.

Tetapi yang menjadi menariknya, apabila tiba giliran Imam Nikah hendak menyampaikan khutbah nikah, beliau bertanya kepada Pengantin Lelaki..

Imam Nikah> Boleh baca ni tak? (sambil menunjuk beberapa keping kertas)
Pengantin Lelaki> Em, boleh. (dalam keadaan yang gemuruh)

Lalu beliau terus membacanya dengan menggunakan pembesar suara, terus -terusan tanpa berhenti dengan penuh yakin. Walhal itu sebenarnya teks khutbah nikah. Kira -kira 20 minit selepas itu (tamat bacaan teks tersebut), Imam Nikah sambil tersenyum..

Imam Nikah> Terima kasih lah, ye. Separuh kerja saya dah selesai..

Aku tak pasti apa sebenarnya yang berlaku, tetapi aku assume Imam Nikah tersebut hanya ingin menguji literasi bacaan al Quran pengantin (yang terdapat pada teks khutbah). Tetapi mungkin kerana pengantin tersebut nampak teruja dan gemuruh, Imam Nikah hanya membiarkannya sahaja..

1 comment:

  1. hak! hak! sampai ati pak imam tunggu sampai 20 minit.

    ReplyDelete