Friday, November 12, 2010

Seminar Islam Dan Hak -Hak Wanita

Seringkali isu berkaitan wanita Islam dibahas dan dibicara dalam pelbagai bentuk perbincangan semasa. Isu yang sering dimainkan ialah mengenai hak dan status wanita dari perspektif Islam. Lebih jauh dari itu, ada juga perbahasan yang cuba untuk melihat apakah wanita itu ditindas atau menjadi golongan kelas kedua di sisi Islam. Ia adalah topik yang sensasi dan sering juga disensasikan oleh media. Ia juga suatu topik yang sering dibahaskan oleh para sarjana sama ada sarjana Muslim atau bukan Muslim, dari dalam atau luar negara. Malaysia pernah menjadi tuan rumah kepada program Musawah yang dianjurkan pertubuhan tempatan, tidak lain bertujuan untuk membela wanita tetapi ada yang meragui kaedah dan pendekatan yang digunakan.   

Oleh itu, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) cuba mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar ini agar segala tanggapan negatif terhadap kedudukan wanita dalam Islam dapat dirungkai serta difahami secara tuntas. Dengan cara ini, pendekatan pendidikan dan perbincangan akan dilihat sebagai jalan terbaik untuk menangani sebarang konflik berkaitan wanita dan status mereka dalam syariat.

Seminar ini akan berlangsung pada Selasa, 14 Disember 2010 bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.30 petang. Ia akan diadakan di Dewan Annex, Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor. (Bersebelahan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pejabat yang menempatkan jabatan  -jabatan kerajaan negeri). Tiada bayaran dikenakan tetapi keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mendaftar awal.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

3 comments: