Friday, October 1, 2010

Sejak Bila Mereka Peduli?

Baru -baru ini timbul kritikan daripada UMNO Pulau Pinang berhubung tindakan Kerajaan PR mengagihkan wang ihsan kepada golongan miskin, yang bersumberkan sumbangan daripada syarikat perjudian. Mungkin isunya ada dua, pertamanya ia adalah sumber yang haram dan keduanya penafian /pembohongan Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung pendedahan tersebut.

Saya tidak layak untuk mengulas dari segi hukum, namun ada ulama yang meletakkan sumber tersebut boleh digunakan (rujuk Hukum Mengambil Pemberian Dari Sumber Haram dan Memulangkan Wang Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi). Saya masih 50-50 mengenai perkara tersebut, tetapi kalau mengikut logik UMNO Pulau Pinang, boleh dikatakan semua pendapatan kakitangan kerajaan telah bercampur baur antara halal dan haram, maka haramlah jadinya.

Namun isu kedua (penafian /pembohongan), saya bersetuju bahawa KM PP telah melakukan kesilapan di sini. Kesilapan klasik ahli politik yang suka berbohong untuk melindungi sebarang kesilapan (samada PR atau BN).

Namun secara positifnya, saya suka untuk melihat dari satu sudut. Bahawa puak -puak UMNO ini mula peduli dan prihatin terhadap soal halal haram dalam pentadbiran kerajaan. Justeru, jadikanlah ia satu kes precedent dan sempadan, serta ia akan diaplikasikan dalam pentadbiran mereka pula. Jangan pula "Berkokok berdegar -degar, tapi ekor bergelumang tahi..".  Janganlah ia hanya 'diperjuangkan' kerana mengejar laba politik..

2 comments:

  1. Bagaimana pula dengan wang hasil dari perjudian di Genting dan 4D?Bukan kah kerajaan akan mendapat sedikit hasil darinya?

    ReplyDelete
  2. a'aa..ini pulak x amik peduli...so mcm mn??

    ReplyDelete