Sejarah merupakan subjek yang paling saya kurang beri perhatian semasa SPM dahulu. Bukan kerana kurang meminatinya, tetapi pada waktu itu saya fikir saya lebih harus beri lebih tumpuan kepada sujek -subjek yang lebih sukar seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan. Dan hasilnya, saya hanya mendapat gred C3 bagi subjek Sejarah.
Tetapi, setelah dewasa dan ketika ini, saya fikir Sejarah merupakan subjek yang amat menarik, dan lebih penting penting, Sejarah adalah subjek yang amat mudah untuk discore. Sejarah perlu dibaca sebagai suatu cerita dan bukannya dilihat sebagai fakta semata -mata.
Dan ketika ini, buku atau novel sejarah adalah antara yang saya minati. Mungkin ada yang bersifat separa -fiksyen, dan mungkin juga dikukuhkan dengan fakta sejarah yang tepat. Antaranya adalah buah tangan daripada Abdul Latip Talib ini, terbitan PTS Litera Utama Sdn Bhd.
Novel sejarah 'Mat Kilau Pahlawan Pahang' merupakan auto -biografi pahlawan Melayu Pahang yang amat terbilang itu. Ia merangkumi laluan kehidupan beliau sejak kecil sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1970, pada usia 123 tahun. Watak -watak utama yang turut mewarnai novel ini adalah, Tuk Gajah (Ayah Mat Kilau), Datuk Bahaman, Sultan Ahmad dan Hugh Clifford.
Beberapa nilai mistik (atau dongeng) mengenai pahlawan ini turut disentuh. Antaranya, kisah bagaimana beliau mampu kelihatan seperti telah mati untuk mengelirukan pihak musuh. Juga mengenai amalan kerohanian beliau yang berkait rapat dengan amalan spiritual dalam Islam itu sendiri.
Juga tauladan mengenai perpaduan bangsa Melayu, peranan Sultan serta tipu -daya penjajah yang mungkin boleh dijadikan pengajaran untuk generasi kita pada hari ini. Nilai -nilai drama mungkin diwujudkan (saya suspek) untuk menjadikan novel ini menarik untuk dibaca.
No comments:
Post a Comment