Tuesday, February 23, 2010

Konvensyen Kewangan Dan Perbankan Islam (SISMIM '10)


Mutakhir ini, masyarakat Islam khususnya di Malaysia seringkali terdedah dengan isu-isu semasa berkaitan kewangan dan perbankan contohnya pelaburan melalui internet, perniagaan Multi Level Marketing (MLM) dan FOREX, insurans konvensional, kontrak pinjaman berasaskan faedah, amanah saham dan sebagainya. Kesemua isu yang berlegar ini sememangnya berinteraksi terus dalam kehidupan seharian masyarakat Islam dan mempunyai implikasi hukum. Ditambah pula dengan lambakan produk- produk kewangan dan perbankan melalui instrumen yang pelbagai di pasaran, masyarakat Islam adakalanya dilihat kurang sensitif untuk membuat penilaian kepada produk- produk tersebut khususnya berkaitan aspek hukum syariah.

Justeru, Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL) tampil memberikan penjelasan hukum berkaitan isu- isu semasa kewangan Islam melalui wahana Konvensyen Kewangan dan Perbankan Islam 2010 (SISMIM ‘1O) sebagai platform memberikan kefahaman berkaitan asas- asas muamalat Islam. Dengan memilih beberapa isu kewangan dan perbankan terpilih, Konvensyen sehari ini akan memberikan penerangan dan penjelasan berteraskan teks al- quran, al- sunnah dan pendapat fuqaha’ silam dan semasa yang akhirnya akan memberikan kefahaman yang jitu kepada masyarakat Islam.


OBJEKTIF
  • Memberikan pendedahan kepada masyarakat berkaitan isu- isu perbankan dan kewangan yang mempunyai hubungkait dengan muamalat Islam.
  • Menyuntik kefahaman yang mapan serta penyelesaian syariah terhadap isu- isu semasa perbankan dan kewangan Islam.
  • Menyemarakkan budaya keilmuan dalam kehidupan masyarakat khususnya dikalangan umat Islam.
  • Memberikan pendedahan berkaitan konsep dan operasi pelaksanaan sistem kewangan dan perbankan Islam kepada masyarakat bukan Islam. 

TARIKH

13 MAC 2010 DI MASJID SULTAN SALLEHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM

PENDAFTARAN

Konvensyen ini akan dilangsungkan bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan berakhir 5.30 petang.

Yuran Penyertaan :
Agensi Kerajaan dan Swasta = RM 150
Individu/ Perseorangan = RM 50
Pelajar Ijazah Pertama/ Menengah = RM 30

Pendaftaran Penyertaan :
Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 8 Mac 2010 dengan menghubungi:

i. Sdra. Mohd Azmi - 013- 384 0710
ii. Pej PUM, 03-79554300

Maklumat lanjut khususnya mengenai Tajuk Kertas Kerja dan para pembentang boleh diperolehi di laman web PUM Selangor (http://www.pumselangor.org/)

No comments:

Post a Comment