Pada cuti Thaipusam yang lalu, saya telah mengambil peluang berehat dengan menonton beberapa buah filem secara berturut -turut dan membaca beberapa buah buku. Berikut adalah rebiu saya terhadap filem yang sempat saya tonton:
My Sister's Keeper
Lakonan Cameron Diaz, Alec Baldwin, dan Abigail Breslin.
Filem bertemakan kekeluargaan dan kemanusian. Sebuah keluarga tabah menghadapi permasalahan kesihatan anak sulung mereka (penyakit Leukemia). Anak bongsunya cuba untuk melepaskan bebanan yang terpaksa dihadapinya dengan membawa kes ini ke mahkamah. Dia terpaksa menderita kesakitan kerana menderma darah, melalui proses bone marrow yang menyakitkan, dan akhirnya dipaksa menderma salah satu buah pinggang untuk kakaknya.
Rating saya: 7.5/10. Sedih dan menginsafkan! Saya kagum dengan lakonan ketiga -tiga pelakon yang memegang watak kanak -kanak /remaja tersebut.
The Great Debaters
Lakonan Denzel Washington dan Forest Whitaker.
Dengan latar belakang tahun 1935 di Texas, AS. Professor Tolson, seorang tenaga pengajar di sebuah kolej kecil yang menyelia pasukan debat kolejnya. Beliau menhadapi pelbagai permasalahan politik, tekanan pihak berkuasa dan isu perkauman kulit putih - kulit hitam yang begitu memuncak pada masa itu. Pasukan debatnya itu menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran, akhirnya berjaya sampai pada tahap diundang untuk berdebat dengan pasukan debat terulung di AS pada ketika itu, pasukan debat Universiti Harvard.
Rating saya: 7.5/10. Skrip yang baik dan saya teruja dengan setiap kata -kata watak pendebat.
Journey to the Center of the Earth
Lakonan Brendan Fraser, Josh Hutcherson dan Anita Breim.
Kisah seorang professor volcanologist yang cuba menuruti kajian abangnya yang telah hilang 10 tahun yang lalu. Ekspedisi ke gunung berapi di Iceland ini turut disertai oleh anak saudaranya sambil dibantu oleh seorang penunjuk arah wanita. Mereka terperangkap di bawah kawah gunung berapi tersebut dan seterusnya menerokai sebuah 'dunia baru' di situ.
Rating saya: 5.5/10. Tidak begitu menarik, jalan cerita yang mudah untuk dijangka, tetapi sesuai untuk tontonan kanak -kanak.
Enchanted
Lakonan Amy Adams dan Patrick Dempsey.
Kisah dua dunia, dunia fairy -tale di Andalasia dan realiti semasa di New York. Gisella yang hampir berkahwin dengan Putera Edward telah dihumban ke dunia realiti di New York. Dia telah terjumpa dengan Robert dan anaknya.
Rating saya: 6/10 Premis cerita yang amat menarik dan penuh kelainan.
Papadom
Lakonan Afdlin Shauki, Liyana Jasmay, Vaneeda Imran dan Farid Kamil.
Kisah seorang bapa yang bersifat over -protective kepada anak perempuannya kerana ingin menyempurnakan amanah arwah isterinya.
Rating saya: 5/10. Premis cerita yang baik tetapi sederhana secara keseluruhannya.
Setem
Lakonan Afdlin Shauki, Rashidee Ishak, dll.
Agak menarik jgak pengisian cuti mrDulang.tahniah la drp aku sebab terisi jgak cuti ko tu.At least dapat jugak syer dengan pembaca.
ReplyDeleteTapi,persoalan aku, anak bini ko tak merungut ke sebab tak kluar jalan2,shopping or lain2 pengisian bersama family?@ anak bini ko sekepala dgn ko?hehehehe