Sunday, February 28, 2010

Al Fatihah Untuk Sahabat: Wajdi Mayusoh

Al Fatihah untuk Allahyarham Wajdi Mayusoh yang telah meninggal dunia ekoran kemalangan pada awal pagi tadi di Gua Musang. Al-Fatihah..

Beliau merupakan rakan dan sahabat yang baik, dan saya mengenali beliau kira -kira 3 tahun ketika menuntut di UM 10 tahun yang lalu. Beliau aktif dalam kegiatan kemahasiswaan terutamanya dalam Persatuan Mahasiswa Kelantan (PMK) sehingga pernah ditaklifkan sebagai presiden persatuan tersebut.

Saya sering berkunjung dan lepak -lepak dengannya di Kolej Kediaman Kesebelas UM dahulu, bersama sahabat -sahabat seperti Arisan, Firdaus, Nasrul Hakim, Hadi dan lain -lain. Slanga Kelantan yang pekat ketika bercakap beliau masih lagi utuh dalam ingatan. Pahit dan manis berjuang dalam jamaah tidak akan dilupakan.

Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang -orang yang beriman. Salam takziah juga untuk keluarganya.

4 comments:

  1. salam AL-FATIHAH
    ALLAH LEBIH MENYAYANGI BELIAU

    ReplyDelete
  2. Moga ditempatkan dlm golongan yg beruntung... Amin

    ReplyDelete
  3. al-fatihah buat akhi wajdi.mg rohnya dicucuri rahmat.Aminn

    ReplyDelete