Friday, May 14, 2010

Mereka Lebih Rasis

Media pro kerajaan sering melabelkan pandangan tipikal bahawa DAP adalah parti perkauman, cauvinis dan sebagainya. Saya tidak berminat untuk menafikannya, mungkin ada benarnya, mungkin sekadar propaganda.

Tetapi pada hemat saya, parti komponen BN lebih taksub atau sekurang -kurangnya tahap perkauman dan cauvinis mereka sama taraf dengan DAP. Permulaan yang jelas, mereka bernaung dan dipecahkan atas nama parti perkauman. Pentadbiran ala -British 'Pecah dan Perintah' menjadi asas BN. Kalau DAP rasis, mereka jauh lebih rasis.

Sentimen perkauman yang melampau juga turut dimainkan oleh pihak mereka, cuma ia tidak diwar -warkan pihak media pengampu. 'Spinning Doctor' mereka akan mendiamkan isu sebegini jika ia datang dari satu pihak, tetapi akan mencurahkan minyak petrol jika ia datang dari pihak satu lagi.

Secara peribadinya, itulah sebab saya tidak pernah berminat dengan parti yang berasaskan perkauman. Mungkin perjuangan mereka benar, mereka banyak berjasa, dan sebagainya. Tetapi idea perjuangan berasaskan perkauman akan menjadi tidak relevan lagi pada masa kini dan akan datang.


Kain pemidang di atas memaparkan imej 'Mee Kampua'

"Kampua merupakan hidangan popular Foochow yang mengandungi bahan babi. Memandangkan majoriti di sini adalah Foochow, kami berharap dengan berbuat demikian, ia boleh menghantar isyarat jelas kepada pengundi mengenai isu negara Islam," kata Ngieng - Daniel Ngieng adalah Ketua Publisiti SUPP untuk Pilihanraya Kecil Sibu.

No comments:

Post a Comment