Friday, May 14, 2010

Piala Thomas dan Uber 2010

 
Berakhirnya Impian..

Malaysia 0-3 China.. Begitulah tamatnya cabaran kita dalam kempen Piala Thomas kali ini. Agak menyedihkan, tetapi ianya bukanlah di luar dugaan. Lin Dan diakui pemain terbaik dunia, meskipun ranking IBF memberi indikasi Chong Wei lebih baik daripadanya. Itu hanya ranking dari segi pungutan mata hasil penyertaan pemain Malaysia yang agak aktif, pemain China lebih bersifat selektif dalam menyertai mana -mana kejohanan.

Beregu utama juga gagal menggalas harapan dan tekanan yang timbul selepas kekalahan Chong Wei. Choon Han pula memberi sedikit tentangan, tetapi perlawanan berlangsung mengikut skrip yang telah diduga. 3-0, 3 permainan straight game, kemenangan sempurna untuk China.

1 comment:

  1. Menang dan kalah memang adat pertandingan..apa boleh buat..agak2 ambo ler..ni balasan buat Malaysia cz rs2nya ramai jgk yg jd penonton kt Stadium Putra td xsolat maghrib..khususnya yg mengaku diri ISLAM..so,APA DAH JADI..

    ReplyDelete