Saturday, May 29, 2010

Lost - Finale

Seminggu yang lalu, aku telah melengkapkan tontonan Drama bersiri Lost (Episod ke 16-17, Musim ke 6)

Drama bersiri ini merupakan drama bersiri yang paling menuntut 'komitmen' aku, dengan waktu tontonan keseluruhan lebih daripada 120 jam. Ia menjadi fenomena di serata dunia, dengan bajet yang amat tinggi di samping bilangan pelakon utama yang paling ramai pernah dicatatkan dalam sesuatu produksi.



Musim pertama dan ke 2 boleh dikatakan yang terbaik. Musim ke 3 agak baik tetapi musim -musim seterusnya agak longgar. Tetapi oleh kerana banyak persoalan telah dicetuskan, penantian terhadap rungkaian segala misteri mengikat aku kepada siri ini.

Pengakhiran Lost agak mengecewakan aku, tetapi keseluruhannya amat memuaskan. Produksi siri ini memilih untuk mengakhirinya dengan tema holisitik dan keagamaan, walaupun itu bukan intipati siri ini. Konsep Purgatory dalam agama Kristian digunakan untuk menjelaskan Sideways World yang banyak mencetuskan kekeliruan penonton.

Kekuatan Lost sudah pastilah pembinaan karekter yang kuat. Sekurang -kurangnya 10 watak utama diberi tumpuan dan koloborasi (Jack, John, Kate, Sawyer, Hugo, Ben, Sayid, Sun, Jin, Desmond) dan kebanyakkan memberikan lakonan yang cemerlang. Kombinasi unsur fiksyen sains dan elemen mistik juga satu kekuatan kepada siri ini, walaupun banyak lompang kosong, paradoks dan ketidak -logikan yang muncul sepanjang siri ini.

Secara umumnya, Lost amat menghiburkan dan boleh dikatakan drama bersiri antara 5 yang terbaik yang pernah aku tonton.

1 comment:

  1. Steady bos LOST finale!!!

    See u in anotha life, brotha!

    ReplyDelete