Monday, May 31, 2010

Mesej Dari LL4G - Malaysia (2)

 Kapal Mavi Marmara

SMS yang baru di terima:

"Hanya Pak Jamal sahaja wakil dari Yayasan Amal yang berada di dalam Mavi Marmara (kapal yang diserang Israel semalam). Sukarelawan yang terlibat adalah daripada Yayasan Amal, HALUAN Palestin, Muslim Care dan Pemuda Masjid. Keseluruhannya, 8 orang rakyat Malaysia (6 sukarelawan dan 2 wartawan) berada di dalam kapal tersebut. 16 orang telah syahid dan kapal tersebut telah ditunda ke Pelabuhan Haifa dan penumpangnya akan ditahan oleh pihak berkuasa Israel" SMS daripada YB Dr Abd Rani Osman

Kenyataan berkaitan 2 hari yang lalu:

Menurut pegawai kanan Insani Yardim Vakfi (IHH), Guldan Sonmez, Kapal Mavi Marmara berada di Laut Mediterranean sejak hari Jumaat lalu kerana terpaksa menunggu ketibaan kapal-kapal lain yang akan bergabung menyertai konvoi ini. Kapal terakhir tiba daripada Cyprus pada jam 1:30 pagi tadi. Kapal ini membawa angota-anggota parlimen Eropah, termasuk daripada Jerman dan Sweden.

Pihak berkuasa Cyprus mengenakan pelbagai kerenah birokrasi bagi menyukarkan pergerakan angota-anggota parlimen tersebut. Mereka terpaksa menukar laluan ke daerah Cyprus yang dikuasai Turki untuk menaiki kapal menuju ke tempat di mana kapal Mavi Marmara sedang menunggu.

Sembilan buah kapal dijadualkan menyertai konvoi ini. Walaubagaimanapun, dua buah kapal terpaksa membatalkan pelayaran, dipercayai akibat sabotaj. Dua buah kapal daripada Greece tersebut telahpun diperiksa dan disahkan layak untuk mengikuti pelayaran. (dipetik daripada Laman Web http://www.lifeline4gaza.org/)

Segala perkembangan berkaitan boleh diikuti di laman web tersebut dan di Astro Awani (CH 501)

No comments:

Post a Comment