Friday, May 14, 2010

Piala Thomas dan Uber 2010


Tembok Besar China

Selepas melepasi halangan Denmark di suku akhir, skuad Piala Thomas negara bakal diuji dengan cabaran lebih getir lagi petang ini dengan turun menentang China.

Saya tidak mahu bersifat pesimis, tetapi peluang kita amat tipis. Lee Chong Wei dan pasangan utama Koo Kean Keat - Tan Boon Heong wajib menang, dan peluang mereka boleh dikira masih 50-50. Dan kita harus mencuri 1 mata daripada 3 acara selanjutnya yang jelas memihak kepada China di atas kertas.

Saya rasa akan ada perubahan pada gandingan kedua kita, samada Rexy akan mengekalkan gandingan baru tempohari ataupun memasukkan semula Fairuzizuan. Wong Choon Han sebagai perseorangan kedua juga boleh digantikan dengan Hafiz, dan meletakkan pemain muda sebagai satu elemen kejutan untuk perseorangan ketiga.

Tiada apa yang mustahil. Kita pernah mengejutkan China sekurang -kurangnya 2 kali di separuh akhir Piala Thomas (kedua -duanya saya tonton dan kedua -duanya China dilihat sebagai pilihan utama). Kalaupun tewas, diharapkan pemain kita dapat berjuang bermati -matian dan membawa perlawanan ini sehingga perlawanan penentuan perseorangan ketiga.

Malaysia Boleh!

No comments:

Post a Comment