Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

Judi Bola - Mereka Yang Menyokong..

Dalam laporan akhbar The Sun menyebut, beberapa pihak, antaranya daripada blogger Kickdefella dan Presiden CASSA, menyuarakan logika mengapa lesen perjudian bolasepak harus dibenarkan di Malaysia (atau sesetengah pihak mendakwa, bukannya kerajaan tidak memberi kelulusan baru sebaliknya hanya lesen diperbaharui).

Antara logika yang dinyatakan secara umum, perjudian bolasepak (secara haram) tetap berlaku samada dibenarkan oleh kerajaan atau tidak. Jikalau kerajaan tidak mengeluarkan lesen, kerajaan bakal kerugian berbilion ringgit dan keuntungan tersebut bakal dikuasai sepenuhnya oleh penganjur perjudian haram tersebut. Dan menurut mereka, penganjur perjudian haram itu jugalah yang mendominasi aktiviti -aktiviti negatif seperti kongsi gelap, pelacuran, along, cetak rompak dan sebagainya. Pada mereka, keuntungan yang bakal diperolehi boleh dibelanjakan untuk kepentingan rakyat.

Pada hemat saya, jikalau itulah alasan dan logika yang digunakan, pada masa yang sama kerajaan juga perlu meluluskan rumah pelacuran, rumah urut, kasino dan sebagainya. Kerajaan juga boleh berkongsi laba dan mengelakkan puak -puak kongsi gelap memonopoli segalanya. Dan jangan lupa pula satu lagi, lesen senjata api.

Logika mudah bagi mereka, lesen bermakna wang masuk untuk kerajaan, boleh digunakan untuk rakyat dan mudah untuk kerajaan mengawalnya.

Selain daripada itu, mereka juga mendakwa bahawa kempen anti perjudian bolasepak daripada pihak pembangkang hanya bermotifkan politik. Bukan untuk kepentingan rakyat dan negara. Ini juga logika yang dangkal. Apa sahaja isu yang dibawa oleh pembangkang, samada menguntungkan rakyat atau tidak, ianya bersifat politik pada mata mereka. Harus diingat, yang bersuara itu ahli politik. Maka harusnya ahli politik itu kerjanya hanya perlu diam? Kalau yang bersuara itu PAS, PKR dan DAP maka ia hanya bersifat politik semata -mata. Kalau mereka berlambang dacing, makanya mereka itu Juara Rakyat.. Stupid!

Thursday, June 10, 2010

Invictus



Kejohanan Piala Dunia akan bermula esok dan aku memang tidak sabar lagi untuk menikmati pertandingan sukan yang paling mendapat tumpuan ini. Mungkin tidak banyak persamaan dan hubungan antara Piala Dunia dengan filem aku ingin ceritakan di sini, tetapi inspirasinya tetap sama.

Monday, May 24, 2010

Piala Thomas dan Uber 2010 - Review


What a fussed? Blaming game and fiasco after Thomas Cup campaign between BAM, players, media and public.

First of all, I don’t see it as a failed campaign (nor success). Yes, we've humiliated by Japan in group stage. Closed won against Denmark but crashed out against tournament favourite, China.

Friday, May 21, 2010

Menjadi Pengadil Ping -Pong


Sabtu yang lalu, aku berpeluang menjadi sebahagian daripada komiti satu pertandingan ping -pong. Aku hadir dengan niat untuk membantu di mana yang boleh.

Ping -pong merupakan salah satu sukan di mana aku pernah bermain secara serius (di mana aku pernah bermain untuk kolej kediaman aku semasa di UM dahulu). Tetapi aku telah terlalu lama tidak menyentuh bat ping -pong. Paling terakhir aku fikir 5 tahun lalu, itu pun one -off. Bermain suka -suka di rumah seorang rakan. Jadi, segala skil dan teknik permainan telah hilang. Segala peraturan (terutama kiraan mata) tidak begitu dingati.

Aku telah diminta menjadi pemain gantian untuk sebuah pasukan. Lawannya adalah seorang remaja (aku rasa dia berusia 18 tahun) yang dikatakan pernah mewakili Negeri. Seperti dijangka, aku tewas mudah straight game. Aku tidak berapa ingat kiraan matanya tetapi yang aku pasti aku tidak pernah melepasi angka 5 dalam 3 set tersebut.

Seterusnya, aku telah diminta menjadi pengadil pertandingan. Dalam keadaan terpaksa aku menerima amanah tersebut. Tambahan, aku fikir ianya satu tugas yang mudah. Tetapi pengadilan aku menjadi kucar -kacir kerana aku kehilangan tumpuan pengiraan mata dan dalam masa yang sama sentiasa dalam ketidakpastian tentang peraturan permainan. Pemain -pemain sering menegur kesilapan aku sambil tersenyum sinis.

Naib baiklah pertandingan ini berlansung dalam mood setiakawan. Jadi setiap kesilapan aku tidak diambil serius dan tidak menimbulkan sebarang kontroversi. Bukannya mudah menjadi pengadil! (Walaupun sekadar menjadi tukang kira sebenarnya).

Friday, May 14, 2010

Piala Thomas dan Uber 2010

 
Berakhirnya Impian..

Malaysia 0-3 China.. Begitulah tamatnya cabaran kita dalam kempen Piala Thomas kali ini. Agak menyedihkan, tetapi ianya bukanlah di luar dugaan. Lin Dan diakui pemain terbaik dunia, meskipun ranking IBF memberi indikasi Chong Wei lebih baik daripadanya. Itu hanya ranking dari segi pungutan mata hasil penyertaan pemain Malaysia yang agak aktif, pemain China lebih bersifat selektif dalam menyertai mana -mana kejohanan.

Beregu utama juga gagal menggalas harapan dan tekanan yang timbul selepas kekalahan Chong Wei. Choon Han pula memberi sedikit tentangan, tetapi perlawanan berlangsung mengikut skrip yang telah diduga. 3-0, 3 permainan straight game, kemenangan sempurna untuk China.

Piala Thomas dan Uber 2010


Tembok Besar China

Selepas melepasi halangan Denmark di suku akhir, skuad Piala Thomas negara bakal diuji dengan cabaran lebih getir lagi petang ini dengan turun menentang China.

Saya tidak mahu bersifat pesimis, tetapi peluang kita amat tipis. Lee Chong Wei dan pasangan utama Koo Kean Keat - Tan Boon Heong wajib menang, dan peluang mereka boleh dikira masih 50-50. Dan kita harus mencuri 1 mata daripada 3 acara selanjutnya yang jelas memihak kepada China di atas kertas.

Saya rasa akan ada perubahan pada gandingan kedua kita, samada Rexy akan mengekalkan gandingan baru tempohari ataupun memasukkan semula Fairuzizuan. Wong Choon Han sebagai perseorangan kedua juga boleh digantikan dengan Hafiz, dan meletakkan pemain muda sebagai satu elemen kejutan untuk perseorangan ketiga.

Tiada apa yang mustahil. Kita pernah mengejutkan China sekurang -kurangnya 2 kali di separuh akhir Piala Thomas (kedua -duanya saya tonton dan kedua -duanya China dilihat sebagai pilihan utama). Kalaupun tewas, diharapkan pemain kita dapat berjuang bermati -matian dan membawa perlawanan ini sehingga perlawanan penentuan perseorangan ketiga.

Malaysia Boleh!

Wednesday, May 12, 2010

Piala Thomas dan Uber 2010


Laluan Sukar ke Akhir

Skuad Piala Thomas dan Uber Malaysia menempa laluan sukar ke perlawanan akhir setelah undian dilakukan malam tadi.

Selepas menerima kejutan kekalahan kepada pasukan Jepun dalam Piala Thomas, laluan sukar ini tidak dapat dielakkan lagi. Malaysia bakal berdepan dengan gergasi Eropah, Denmark pada 12 Mei kelak. Manakala prospek bertemu dengan pemenang antara China dan Korea di separuh akhir kelak. Indonesia merupakan pasukan paling beruntung apabila diletakkan dalam undian paling selesa apabila dijadualkan menentang India, dan seterusnya Jerman atau Jepun di laluan seterusnya.


Skuad Piala Uber negara memang telah diduga untuk tewas kepada China semalam. Mereka bakal berdepan dengan Indonesia, juga pada 12 Mei nanti.

Sunday, May 9, 2010

Piala Thomas dan Uber 2010


Hari ini bermulanya kejohanan paling berprestij dalam dunia badminton, Piala Thomas dan Uber 2010 di Stadium Putra. Kedua -dua piala ini merupakan lambang supremasi dalam dunia badminton berpasukan lelaki dan wanita.