Wednesday, June 16, 2010

Judi Bola - Mereka Yang Menyokong..

Dalam laporan akhbar The Sun menyebut, beberapa pihak, antaranya daripada blogger Kickdefella dan Presiden CASSA, menyuarakan logika mengapa lesen perjudian bolasepak harus dibenarkan di Malaysia (atau sesetengah pihak mendakwa, bukannya kerajaan tidak memberi kelulusan baru sebaliknya hanya lesen diperbaharui).

Antara logika yang dinyatakan secara umum, perjudian bolasepak (secara haram) tetap berlaku samada dibenarkan oleh kerajaan atau tidak. Jikalau kerajaan tidak mengeluarkan lesen, kerajaan bakal kerugian berbilion ringgit dan keuntungan tersebut bakal dikuasai sepenuhnya oleh penganjur perjudian haram tersebut. Dan menurut mereka, penganjur perjudian haram itu jugalah yang mendominasi aktiviti -aktiviti negatif seperti kongsi gelap, pelacuran, along, cetak rompak dan sebagainya. Pada mereka, keuntungan yang bakal diperolehi boleh dibelanjakan untuk kepentingan rakyat.

Pada hemat saya, jikalau itulah alasan dan logika yang digunakan, pada masa yang sama kerajaan juga perlu meluluskan rumah pelacuran, rumah urut, kasino dan sebagainya. Kerajaan juga boleh berkongsi laba dan mengelakkan puak -puak kongsi gelap memonopoli segalanya. Dan jangan lupa pula satu lagi, lesen senjata api.

Logika mudah bagi mereka, lesen bermakna wang masuk untuk kerajaan, boleh digunakan untuk rakyat dan mudah untuk kerajaan mengawalnya.

Selain daripada itu, mereka juga mendakwa bahawa kempen anti perjudian bolasepak daripada pihak pembangkang hanya bermotifkan politik. Bukan untuk kepentingan rakyat dan negara. Ini juga logika yang dangkal. Apa sahaja isu yang dibawa oleh pembangkang, samada menguntungkan rakyat atau tidak, ianya bersifat politik pada mata mereka. Harus diingat, yang bersuara itu ahli politik. Maka harusnya ahli politik itu kerjanya hanya perlu diam? Kalau yang bersuara itu PAS, PKR dan DAP maka ia hanya bersifat politik semata -mata. Kalau mereka berlambang dacing, makanya mereka itu Juara Rakyat.. Stupid!

1 comment:

  1. BETUL BETUL BETUL....KATA UPIN N IPIN,SO..BAGI KITA,TANYA LAH IMAN MASING2..LU PIKIR LA SENDIRI..

    WASSALAM

    ReplyDelete