Malam tadi aku berpeluang mendengar prebiu program XXX (dirahsiakan buat sementara waktu) di Bukit Tinggi, Klang.
Aku bukanlah peminat kepada skim perniagaan MLM, perniagaan rangkaian atau yang seumpama dengannya. Aku pernah menyertai beberapa skim tetapi tidak istiqamah hanya selepas beberapa minggu. Aku tidak pernah berfikir yang aku seorang jurujual yang baik (alasan orang yang bersifat agak negatif)
Namun XXX memancarkan sedikit minat aku terhadap perniagaan sebegini. Memanglah kisah benar (atau mistikal) mengenai kejayaan atau perolehan laba daripada usaha individu yang telah berjaya akan sentiasa merangsang sesiapa sahaja. Siapa tidak mahu pendapatan RM 30 - 40 ribu sebulan? Siapa tidak mahu berniaga dalam tempoh 2 tahun dan berupaya mengumpul jumlah pendapatan mencecah jutaan ringgit? Usaha aku bekerja selepas beberapa tahun ini dan penat -jerih belajar di menara gading seolah -olah jenaka jika dibandingkan perolehan mereka yang telah berjaya itu.
Apatah lagi yang berceramah malam tadi semuanya rata -rata berusia 22 - 26 tahun dan tidak mempunyai latar pendidikan yang baik. Agak ironi sebenarnya, jurujual Sistem E -Pendidikan hanya berkelulusan SPM sahaja. Bercakap soal produk yang boleh memacu kecemerlangan akademik, walhal mereka tidak secemerlang mana semasa berada di bangku sekolah. Aku tidak sama sekali memandang rendah kepada mereka, malah memberi kredit yang tinggi untuk mereka (atau sengaja di'drama'kan agar mereka yang tidak mempunyai latar belakang akademik yang baik pun boleh berjaya dalam skim ini)
Apa yang meransang aku adalah, aku berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Perisian dan mempunyai minat yang mendalam serta pengalaman dalam dunia pendidikan. Aku serba sedikit faham mengenai banyak perkara teknikal mengenai sistem komputer dan mempunyai pengalaman sebagai guru tuisyen selama beberapa tahun, seharusnya berada di saf hadapan dalam industri ini atau setidak -tidak boleh menikmati pendapatan yang baik (lumayan) daripadanya. Walaupun berasa ketinggalan keretapi (terlambat), bak kata orang putih, Better late than never!
Namun, aku tidaklah terlampau teruja untuk menyertainya dan mengambil sikap sedikit berhati -hati. Aku nampak kekurangan yang ada, dan sudah pasti kekuatan yang ada pada perniagaan sebegini. Untuk beberapa hari ini, aku akan mengkaji produk tersebut sebelum mengambil apa -apa tindakan susulan. Aku harap ini merupakan pengalaman yang akan mengubah hidup aku!

GOOD LUCK AKHI..KOT2 REZEKI ADA KAT SITU..YANG PENTING HALALAN THOIYIBA..N BERHATI-HATI
ReplyDeleteMG2 DPT BERJIHAD DLM EKONOMI N MENJADI PEMBAYAR ZAKAT TERBANYAK PD SUATU MASA NANTI..AMIN
Apa yg penting dlm MLM nie..follow je leader / upline kita..n istiqamah..mehnah dan tribulasi tetap ada di mana2.itulah ujian yang bakal kita hadapi n perlu sabarrr..mg2 berjaya hendaknya..jd kalu dh berjaya,jgn la lupa org yang memerlukan plak nnti..
ReplyDeleteHarus mau ingat!!MLM nie bukan Meniaga Larut Malam tau..tambah2 kalu yg part time tu..esok hari ade kejer yg rutin kat opis plak..amanah utama tu..gaji mashuk tiap2 bulan..takut xberkat plak nnti..
ReplyDelete