Friday, June 25, 2010

Denias, Senandung di Atas Awan


Denias, Senandung di Atas Awan merupakan filem keluaran Indonesia tahun 2006. Ia telah memasuki pemilihan Anugerah Oscar pada tahun tersebut.

Ia mengisahkan Denias seorang anak orang asli Papua yang ingin meneruskan pendidikannya bagi meneruskan amanat mendiang ibunya. Persekolahannya terencat seketika kerana guru yang mengajar telah meninggalkan perkampungan tersebut. Keazamannya yang kuat membawanya merantau beratus batu ke pekan berdekatan demi meneruskan cita -citanya.

Filem ini mempunyai sedikit persamaan dengan Laskar Pelangi. Perbezaan besarnya, ia dilakar berdasarkan kisah hidup sebenar seorang anak orang asli Papua yang bernama Janias, manakala Laskar Pelangi berdasarkan novel.

Keseluruhannya, ia merupakan sebuah filem yang sangat memberi inspirasi terutamanya kepada mereka yang amat menghargai erti pendidikan. Pemandangan yang tenang di kawasan pergunungan serta budaya hidup orang asli melatari filem ini. Rating 8/10.

No comments:

Post a Comment